• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo bakal lancar Enco W31 di Malaysia, fon telinga wayarles lebih murah dari Enco Free

  • OLEH Ghazali Alias
  • 4:24 pm
  • 27/04/2020
  • Komen
Oppo bakal lancar Enco W31 di Malaysia,  fon telinga wayarles lebih murah dari Enco Free
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas pelancaran di India pada Mac 2020, Oppo memgumumkan bahawa fon telinga wayarles, Enco W31 akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

Merupakan ahli baharu dalam siri Echo, model ini merupakan fon telinga mampu milik dengan rekaan kepala sumbat yang diperbuat daripada silikon. Reka bentuk ini membezakannya dengan rekaan Enco Free selain bekasnya simpanan seperti bedak kompak.



Berdasarkan keluaran di India, Enco W31 menyokong sambungan bluetooh 5.0. Ia berhubung secara berasingan dengan lengah masa yang lebih rendah. Ia mempunyai IP Rating pada tahap IPX4 (kalis percikan air dari pelbagai sudut).

Berbicara soal bateri, fon teliga ini mempunyai kapasiti bateri 25mAh yang membolehkan penggunaan sehingga sehingga 3.5 jam.  Bersama bekas simpanan dengan bateri 350mAh, hayat penggunaan boleh mencapai sehingga 25 jam. Bekasnya boleh dicas dengan USB-C dan mengambil masa 2.5 jam untuk penuh.



Enco W31 mempunyai dua mode pilhan iaitu Bass dan Balance. Ia boleh ditukar dengan sentuhan dua kali di peranti sebelah kiri. Kawalan sentuhan turut terdapat untuk menjawab dan mematikan panggilan telefon, mengawal volum dan mengubah trek lagu. Ia juga mempunyai sensor yang mematikan fon telinga jika ia dicabut daripada telinga dan memainkan semula secara automatik apabila dipasang.

Buat masa ini di Oppo masih belum mendedahkan harga dan tarikh sebenar pelancaran Enco W31. Walau bagaimanapun, di India ia ditawarkan pada harga RS 4,499 (RM 257). Lebih murah berbanding Enco Free di Malaysia iaitu RM 499.

Kalau ikutkan pada spesifikasi, dan harga di India, ia boleh dikatakan mampu milik. Apakah tanda harga di Malaysia sama seperti di India atau lebih rendah, kita tunggu pengumuman Oppo kelak.

Tags: oppooppo enco w31
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Proton e.MAS 5: EV paling mampu milik Malaysia dilancar, dari RM56,800

Proton e.MAS 5: Kos servis 10 tahun tak sampai RM2,500, ini butirannya

1 November 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025
Oppo bakal lancar Enco W31 di Malaysia,  fon telinga wayarles lebih murah dari Enco Free

Oppo bakal lancar Enco W31 di Malaysia, fon telinga wayarles lebih murah dari Enco Free

27 April 2020
Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

Siri Oppo Find X9 tiba di Malaysia dengan kamera Hasselblad 200MP & cip Dimensity 9500

29 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER