• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKP: Tiada Pergerakan Rentas Negeri 1-3 Mei dibenarkan, hanya permohonan dibuka

  • OLEH Najib
  • 10:01 am
  • 27/04/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, masih tiada kebenaran untuk pergerakan rentas negeri dibenarkan bermula 1 Mei ini. PDRM sebelum ini menyatakan permohonan untuk permit rentas negeri bagi mereka di kampung pulang ke bandar dibuka dari 26 hingga 29 April 2020.

Menurut Ismail Sabri lagi, pendaftaran permohonan rentas negeri ini dibuka dari 26 April hingga 1 Mei, menerusi aplikasi Gerak Malaysia. Selepas itu, maklumat ini akan disalurkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dikaji, sebelum diputuskan kebenarannya.



“Saya ingin memperbetulkan sedikit kekeliruan semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan tarikh 1 hingga 3 Mei untuk dibenarkan pergerakan. Sebenarnya seperti yang saya sebutkan sehingga 1 Mei adalah tempoh pendaftaran aplikasi Gerak Malaysia dan bagi siapa yang tiada aplikasi itu boleh melaporkan di balai terdekat melalui temujanji,” katanya.

“Ini adalah isu besar, banyak lagi yang perlu dibincangkan, selain Mesyuarat Khas Menteri kita juga perlu bawa ke Mesyuarat Khas MKN yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, selepas itu baru boleh menetapkan tarikh perjalanan pulang,” katanya.



Kerajaan bersimpati dgn rakyat kita yg terpisah dgn keluarga semasa PKP ini.

Kita berusaha utk bantu mereka. Namun ianya bkn suatu perkara yg mudah kerana memerlukan penelitian terlebih dahulu. Kita tdk mahu juga keputusan kita akn menjejaskan kesihatan rakyat.#StayHomeStaySafe pic.twitter.com/WczIGlE2qA

— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) April 26, 2020

Beliau juga menyatakan pihaknya ada menerima pertanyaan mengenai kaedah membawa pulang anak atau keluarga yang terkandas di kampung.

“Ada yang WhatsApp saya mengatakan dia berpisah dengan suami kerana terpaksa hantar suami dan anak di kampung dan dia berada di bandar, terkandas kerana tiba-tiba kita tidak benarkan sebarang pergerakan. Perkara ini yang perlu kita selesaikan, bukan sahaja kampung ke bandar tetapi bandar ke kampung, ini memerlukan perbincangan yang terperinci, kita akan berunding dengan KKM, PDRM dan MKN,” katanya.

PDRM pula menjelaskan, dalam masa 12 jam selepas pengumuman mereka, aplikasi Gerak Malaysia telah menerima pendaftaran baru sebanyak 300,000 orang. Dari jumlah itu, sebanyak 100,000 permohonan rentas negeri telah diterima.

Sumber: Berita Harian

Tags: COVID-19Ismail SabripdrmPerintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

Proton Saga MC2 (2022): 7 perkara yang perlu anda tahu

13 Mei 2022
Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

Kontraktor pengeluar iPhone terbesar ingin buka kilang di Malaysia

18 Mei 2022

Penerbangan ditunda atau dibatalkan? Ini cara & pampasan yang boleh anda tuntut

12 Mei 2022
Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

Kembangkan syarikat teknologi anda melalui Selangor Accelerator Programme 2022, banyak hadiah menarik disediakan untuk peserta!

9 Mei 2022
2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

2 sebab ini mungkin buatkan TnG eWallet ditendang keluar daripada App Store

9 Mei 2022
Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

Edisi 2022: Senarai 8 telco yang ada pelan prabayar Internet unlimited di Malaysia

5 Januari 2022

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2022 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER