• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 6 yang lebih berkuasa akan tiba di Malaysia bulan hadapan

  • OLEH Najib
  • 11:06 am
  • 28/04/2020
  • Komen
Realme 6 yang lebih berkuasa akan tiba di Malaysia bulan hadapan
Share on FacebookShare on Twitter

Realme Malaysia pagi ini telah mengumumkan ketibaan satu lagi konfigurasi Realme 6 yang lebih berkuasa. Realme 6 yang dilancarkan di Malaysia bulan lepas dengan hanya satu pilihan iaitu RAM 4GB dan storan 128GB, akan boleh didapati dengan kapasiti RAM lebih besar bermula bulan hadapan.

Realme 6 yang lebih hebat ini memiliki RAM lebih besar, sebanyak 8GB tetapi kekal dengan storan 128GB. Ia akan dijual di Malaysia pada harga RM1,199 iaitu RM200 lebih mahal dari varian RAM 4GB. Penjualannya bermula pada 2 Mei 2020 di Stor Realme di Lazada serta di pengedar sah Realme yang lain.



Tetapi khas pada hari pertama penjualannya pada 2 Mei 2020, semua pembelian Realme 6 (8GB+128GB) akan menerima lanjutan jaminan selama 6 bulan. Sama seperti varian RAM 4GB, terdapat dua warna disediakan untuk Realme 6 dengan RAM 8GB, iaitu putih dan biru.

Jika belum kenal, Realme 6 adalah telefon pintar yang dikuasakan pemproses Mediatek Helio G90T, kuasa yang sama ada pada Redmi Note 8 Pro. Naik taraf terbesar telefon ini adalah pada skrinnya.



Ia kini dipasang dengan skrin HD Penuh 90Hz dari jenis LCD, berukuran 6.5-inci dengan lubang di atasnya untuk memuatkan kamera. Ia tiada pengimbas capjari di belakang, tetapi menggunakan pengimbas capjari di sisi, bergabung dengan butang kuasa.

Untuk kamera belakang, ia dilengkapi empat kamera dalam susunan menegak iaitu kamera utama 64MP F1.8, kamera ultra lebar 8MP F2.3, kamera makro 2MP F2.4 dan kamera mono F2.4. Kamera belakang ini mampu merakam video sehingga 4K. Di hadapan pula, ia meletakkan kamera 16MP F2.0 di dalam lubang di bahagian atas skrin.

Baterinya juga dipertingkat, kini dengan kapasiti 4,300mAh dan menyokong pengecasan pantas Flash Charge 30W melalui USB-C. Telefon ini menggunakan sistem operasi Realme UI berasaskan Android 10.

Versi lebih hebat, Realme 6 Pro masih belum diketahui bilakah kedatangannya ke Malaysia. Sebaliknya Realme Malaysia membawa versi lebih ringan, Realme 6i pada dua minggu lepas. Apa yang pasti, harga Realme 6 Pro kelak pasti melebihi dari harga Realme 6 yang sedia ada.

Tags: RealmeRealme 6
Najib

Najib

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Realme 6 yang lebih berkuasa akan tiba di Malaysia bulan hadapan

Realme 6 yang lebih berkuasa akan tiba di Malaysia bulan hadapan

28 April 2020
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Inovasi bukan sekadar jadi yang pertama: Bagaimana Toyota membina teknologi untuk jangka panjang

Inovasi bukan sekadar jadi yang pertama: Bagaimana Toyota membina teknologi untuk jangka panjang

6 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN