• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ikea kembali beroperasi untuk pembelian dan penghantaran

  • OLEH Najib
  • 11:46 am
  • 29/04/2020
  • Komen
Ikea kembali beroperasi untuk pembelian dan penghantaran
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda sedang mencari-cari perabot dan perhiasan di rumah untuk menyambut hari raya, anda boleh kembali membeli-belah di Ikea. Ini kerana Ikea mengumumkan mereka telah kembali membuat penghantaran tempahan selepas menerima kelulusan dari pihak berkuasa untuk beroperasi.

Perlu diingatkan, gedung perabot mereka yang terdapat di beberapa lokasi di Malaysia masih belum dibuka. Bermakna, orang ramai tidak boleh datang secara fizikal ke Ikea. Tetapi kebenaran operasi yang diperoleh Ikea ialah untuk membuat penghantaran, jadi pembeli boleh membuat tempahan produk Ikea menerusi atas talian di laman web www.ikea.com/my.



Menurut Ikea, mereka kini memberi keutamaan penghantaran kepada tempahan sedia ada yang dibuat sebelum 27 April. Ikea akan menghubungi semua pembeli yang terlibat untuk menyusun jadual penghantaran pada waktu terawal dalam masa 72 jam akan datang.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, perkhidmatan pemasangan tidak dibenarkan dan Ikea hanya dapat membuat penghantaran tanpa sentuhan buat masa ini. Ikea masih berbincang dengan pihak berkuasa untuk mencari penyelesaian bagi perkhidmatan pemasangan, sambil mematuhi arahan PKP.



Menurut panduan penghantaran Ikea, semua pekerja perlu mematuhi aspek kesihatan seperti pemeriksaan suhu badan di gudang dan pemakaian topeng muka dan sarung tangan sepanjang masa. Pekerja penghantaran juga perlu selalu membasmi kuman di tangan, memakai sarung tangan dan topeng muka sebelum memasuki rumah pelanggan. Kemudian penghantaran barang akan disahkan dan pekerja akan membawa masuk barangan ke bilik atau lokasi yang diingini pembeli.

Jika anda memerlukan bantuan untuk mereka pelan, Ikea menawarkan bantuan jarak jauh untuk mereka dapur, almari atau penyimpanan Besta mereka. Mereka yang berminat menggunakannya, boleh berbuat demikian secara atas talian di sini.

Ikea turut menawarkan pembelian secara ansuran 24-bulan menggunakan kad Maybank. Untuk caj penghantaran, Ikea mengenakan bayaran dari RM98 untuk Zon A , sehinggalah RM258 bagi Zon C di Malaysia Barat. Anda boleh menyemak kos penghantaran di sini.

Walaupun kedai perabot Ikea masih ditutup, restoran Ikea masih dibuka tetapi hanya untuk pembelian bawa pulang atau penghantaran sahaja. Sempena Ramadan ini, Ikea menawarkan diskaun 15% untuk pembelian makanan di restoran mereka. Selain bebola daging mereka yang popular, Ikea turut menjual juadah berbuka puasa seperti satay ayam, martabak, masi mandy, roti jala, pulut panggang dan pelbagai kuih-muih.

Ketahui lebih lanjut mengenai semua tawaran Ikea ini di laman web mereka di www.ikea.com/my.

Sumber: Ikea

Tags: ikeaPerintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Ikea kembali beroperasi untuk pembelian dan penghantaran

Ikea kembali beroperasi untuk pembelian dan penghantaran

29 April 2020
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN