• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKP: Orang ramai digalakkan menderma darah akibat bekalan tidak mencukupi

  • OLEH Ghazali Alias
  • 6:49 am
  • 29/04/2020
  • Komen
PKP: Orang ramai digalakkan menderma darah akibat bekalan tidak mencukupi
Share on FacebookShare on Twitter

Tiada halangan buat rakyat Malaysia yang ingin menderma darah kepada Tabung Darah Negara sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai digalakkan untuk menderma darah, berikutan negara sering berhadapan dengan kekurangan bekalan darah, terutama sekali semasa bulan Ramadan.

Walaupun dengan pelaksanaan PKP, keperluan terhadap bekalan darah masih tinggi terutama untuk kes kemalangan jalan raya. Negara kini masih kekurangan bekalan darah sebanyak 33% dan buat masa ini, bekalan darah diperlukan untuk merawat pesakit dengan penyakit tertentu seperti hemofilia.



Pihak polis juga telah dimaklumkan supaya memberi kebenaran kepada individu yang ingin keluar untuk menderma darah. Walau bagaimanapun, penderma perlu mempunyai salah satu dokumen seperti berikut:

  • Buku merah atau kad pendermaan darah
  • Borang dalam talian menderma darah yang dicetak dan diisi
  • Slip temujanji pendermaan darah

Bagi mereka yang ingin menderma darah boleh ke lokasi berikut:



  1. Pusat Darah Negara (PDN), Jalan Tun Razak
  2. Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya
  3. Midvalley Donation Suite, Mezzanine Level, Level 3
  4. Tabung-Tabung Darah Berdekatan
  5. Hospital
  6. Klinik Kesihatan Awam

Dari 29 April hingga 14 Mei 2020, PDN bersama pusat beli-belah 1 Utama dan AEON, turut menjalankan aktiviti derma darah di empat lokasi terpilih, bermula jam 10 pagi hingga 3 petang. Lokasi berikut adalah 1 Utama Shopping Centre dan Aeon Mall di Metro Prima Kepong, Cheras Selatan serta Taman Maluri.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengumumkan bahawa, rakyat Malaysia dibenarkan keluar rumah untuk menderma darah dari 10 pagi hingga 10 malam sepanjang tempoh PKP.

[Video] Pergerakan derma darah dibenarkan dari 10 pagi – 10 malam – @IsmailSabri60#PerintahKawalanPergerakan #COVID19 pic.twitter.com/W74WFNvwTq

— BERNAMA (@bernamadotcom) April 27, 2020

Bagi yang ingin menderma darah, diingatkan supaya mengamalkan penjarakan sosial dan langkah pencegahan serta keselamatan dari COVID-19. Selepas selesai menderma, jangan pula merayau, tetapi terus pulang ke rumah.

Sumber: The Malaysian Insight, PDN

Tags: kementerian kesihatanPerintah Kawalan Pergerakanpusat darah negara
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

PKP: Orang ramai digalakkan menderma darah akibat bekalan tidak mencukupi

PKP: Orang ramai digalakkan menderma darah akibat bekalan tidak mencukupi

29 April 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN