• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Protokol baharu Airbnb terap pencegahan COVID-19, hos boleh terima tetamu selepas 24 jam

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:31 pm
  • 29/04/2020
  • Komen
Protokol baharu Airbnb terap pencegahan COVID-19, hos boleh terima tetamu selepas 24 jam
Share on FacebookShare on Twitter

Airbnb mengumumkan pelaksanaan protokol baharu berhubung kebersihan dan keselamatan untuk tempat penginapan yang berdaftar dengan syarikat itu, yang akan berkuatkuasa bulan Mei 2020.

Menurut kenyataan dari Airbnb, ia juga merupakan usaha pihaknya untuk menghidupkan semula aktiviti pesanan di laman web berkenaan yang terjejas akibat pandemik COVID-19, sekali gus memberi keyakinan kepada pelanggan untuk menginap dengan selamat.



Jelas kenyataan itu lagi, protokol berkenaan mengikut standard yang ditetapkan oleh Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit (CDC) di Amerika Syarikat dan pandangan daripada beberapa pakar dalam bidang hospitaliti serta perubatan kebersihan.

Protokol tersebut meletakkan beberapa garis panduan antaranya:



  • Prosedur kebersihan dan langkah pencegahan COVID-19 untuk setiap bilik dan tempat penginapan
  • Pemakaian topeng muka dan sarung tangan buat hos dan tetamu
  • Mensanitasi bilik dan tempat penginapan setiap kali selepas kunjungan tetamu mengikut garis panduan pihak berkuasa kesihatan

Ia turut merangkumi Program pensijilan buat hos yang mematuhi standard kebersihan dalam protokol baharu Airbnb. Pensijilan ini memudahkan penyenaraian tempat penginapan yang selamat bagi memudahkan tetamu membuat pilihan.

Waktu menunggu antara tetamu daftar keluar dan masuk dipanjangkan kepada 24 jam. Ia bagi memastikan proses pembersihan dan sanitasi dapat dilaksanakan mengikut standard ditetapkan. Ia juga merupakan tempoh wajar bagi memastikan virus tidak aktif.

Bagi hos yang tidak dapat mematuhi protokol baharu Airbnb, mereka boleh memilih opsyen booking buffer. Ia akan menunda pesanan di lokasi penginapan untuk tempoh 72 jam.

Pandemik COVID-19 dilihat memberi kesan kepada industri pelancongan untuk tempoh yang lama. Sekurang-kurangnya sehingga wabak betul-betul berakhir. Apa yang dilaksanakan Airbnb mungkin mengembalikan keyakinan orang untuk menempah penginapan tetapi bagaimana dengan lokasi tumpuan percutian?

Sumber: Malay Mail, Airbnb

Tags: airbnbCOVID-19
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Protokol baharu Airbnb terap pencegahan COVID-19, hos boleh terima tetamu selepas 24 jam

Protokol baharu Airbnb terap pencegahan COVID-19, hos boleh terima tetamu selepas 24 jam

29 April 2020
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN