• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme 6 Pro akhirnya akan dilancarkan di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:33 pm
  • 30/04/2020
  • Komen
Realme 6 Pro akhirnya akan dilancarkan di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah lama dinantikan, akhirnya Realme Malaysia mengesahkan bahawa telefon pintar Realme 6 Pro, akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Menurut video yang baru dimuat naik di Facebook Realme Malaysia, peranti ini akan dilancarkan pada 11 Mei 2020.

Siri Realme 6 pertama kali dilancarkan di India pada awal bulan Mac, menampilkan dua model iaitu Realme 6 dan Realme 6 Pro. Tetapi apabila diumumkan pelancaran di Malaysia pada akhir bulan Mac, hanya Realme 6 yang tiba berseorangan. Beberapa minggu selepas itu, Realme 6i yang lebih rendah kuasanya dilancarkan di Malaysia.



Realme mempunyai ramai peminat di Malaysia dek kerana perantinya memiliki nisbah prestasi ke harga yang sangat berbaloi dimiliki. Ia sering dibandingkan dengan Xiaomi yang sering menerajui peranti murah berkuasa tinggi. Kerana itu, Realme ada ramai peminat di Malaysia dan mereka sering bertanya, bilakah Realme 6 Pro akan dilancarkan.

Memandangkan tarikh 11 Mei masih di dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, pelancaran Realme 6 Pro akan diadakan menerusi Facebook Live. Ia akan bersiaran secara langsung bermula pukul 11 pagi pada 11 Mei 2020 di Facebook Realme Malaysia.



Harga jualan Realme 6 Pro sudah pasti lebih mahal dari Realme 6. Realme 6 telah dijual di Malaysia pada harga RM999 dengan RAM 4GB dan 128GB storan, serta RM1,199 untuk RAM 8GB dan storan 128GB. Kami rasakan, versi Pro akan lebih mahal RM100 dari versi biasa dengan spesifikasi yang sama.

Antara kelebihan Realme 6 Pro berbanding versi biasa ialah skrin LCD lebih besar, cip Snapdragon 720G, dua kamera hadapan serta kamera telefoto di belakang. Lain-lain perkara yang sama adalah skrin 90Hz, bateri 4,300mAh dan sokongan pengecasan pantas 30W.

Adakah anda berminat untuk membeli Realme 6 Pro dengan RAM 4GB dan storan 128GB pada harga yang kami anggarkan, RM1,099? Kita nantikan pengumuran rasmi dari Realme Malaysia pada 11 Mei nanti.

Tags: RealmeRealme 6 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Realme 6 Pro akhirnya akan dilancarkan di Malaysia

Realme 6 Pro akhirnya akan dilancarkan di Malaysia

30 April 2020
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026
Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

Lenovo Tab Plus Gen 2: Tablet skrin 2.5K dengan 9 speaker JBL, bermula RM2,099

24 June 2026
BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

BUDI Madani Diesel: Subsidi RM2.10/L bermula 1 Julai, kuota 200L dikongsi bersama RON95

23 June 2026
WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

WhatsApp mula perkenalkan ciri ‘username’, ini cara tempah nama pilihan anda

30 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN