• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kenapa “Penerima” Biasiswa NASA Ini Private-kan Akaun Twitternya?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:11 am
  • 03/05/2020
  • Komen
Kenapa “Penerima” Biasiswa NASA Ini Private-kan Akaun Twitternya?
Share on FacebookShare on Twitter

Di Twitter, kecoh sebentar apabila sorang rakyat Malaysia berusia 20 tahun, Muhammad Azhar Ali, berkongsikan tentang kegembiraannya menerima biasiswa NASA selepas mengambil bahagian dalam program Artemis Student Challenges.

Dalam cicipan tersebut, beliau maklumkan yang telah mendahului 3 juta peserta lain di seluruh dunia dan menduduki golongan 1% teratas dalam kategori NASA SUITS (Spacesuit User Interface Tachnologies for Students). Malah, cicipan tersebut turut mengandungi skor yang dicatatkannya.



Maka, berduyun-duyunlah ucapan tahniah menghujani akaun Twitter tersebut beserta liputan media yang mahaluas seantero negara. Masalahnya, hampir semua media tidak lakukan sebarang pengesahan terhadap dakwaannya itu, sebaliknya hanya lapor berpadunkan cicipan tersebut.

Kemudian, sesuatu menarik terjadi. Terdapat warganet yang telah persoalkan sama ada benarkah dia menerima biasiswa seperti yang didakwanya? Antara yang ditemui adalah, program NASA SUITS hanya ditawarkan kepada siswazah ataupun pelajar yang sedang menuntut di mana-mana pusat pengajian tinggi A.S. yang ada akreditasi. Apabila ditanya, pemagang akaun Twitter itu tidak menjawabnya.



Lebih memelikkan, dalam bahagian senarai penerima anugerah Citizen Scientists daripada NASA, nama Muhammad Azhar Ali tidak pula timbul. Ada juga yang bermata tajam meneliti salinan digital keputusan ujian Nasa Artemis Program dan mendapati imej yang terpapar adalah palsu.

Mengapa dia mengunci akaun twitternya kepada peribadi tidaklah diketahui. Tapi yang lebih parah, mengapa media tidak lakukan sebarang pengesahan sebelum berikan liputan? Kenapa “tentera bawang” Malaysia lebih terkehadapan?

?????

Tags: malaysianasa
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa “Penerima” Biasiswa NASA Ini Private-kan Akaun Twitternya?

Kenapa “Penerima” Biasiswa NASA Ini Private-kan Akaun Twitternya?

3 May 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN