• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Terima 600,000 parcel setiap hari, Pos Malaysia harap pelanggan bersabar

  • OLEH Ghazali Alias
  • 3:08 pm
  • 04/05/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Orang ramai diminta bersabar menunggun ketibaan bungkusan, yang dihantar menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hal ini dimaklumkan oleh Pos Malaysia menerusi akaun Twitterya yang menjelaskan bahawa syarikat itu kini menerima secara purata lebih 600,000 parcel setiap hari, yang membawa kepada timbunan bungkusan di Hub KLIA. Perkara ini menjadikan tempoh penghantaran menjadi lebih lewat berbanding biasa.



Para pelanggan yang dihargai,
Pos Malaysia telah menerima secara purata lebih 600 ribu parcel setiap hari semasa tempoh PKP. Kakitangan kami tekun menjalankan tugas untuk memastikan semua parcel diserah kepada penerima. https://t.co/ydPkPVgyjL

— Pos Malaysia Berhad (@pos4you) April 29, 2020

Jelas status itu lagi, sepanjang PKP juga pihak Pos Malaysia menjalankan operasi  mengikut kepada garis panduan dan pematuhan PKP. Pihaknya sedang berusaha untuk memastikan segala bungkusan dapat dihantar kepada pelanggan dengan selamat selain, mengikut amalan pencegahan COVID-19 yang digariskan.

Sementara itu apabila diajukan soalan berhubung kerja kosong  di ruangan komen, Pos Malaysia membalas dengan poster ejen sepenuh masa untuk serahan pos laju. Bagi yang berminat boleh rujuk poster di bawah:



Pos Malaysia sebelum ini juga telah memaklumkan kepada pelanggannya supaya menjangkakan kelewatan dalam proses penghantaran bungkusan semasa tempoh lanjutan PKP.

Waktu operasi untuk semua cawangan Pos Malaysia di seluruh negara juga telah dipendekkan kepada 8.30 pagi hingga 3 petang. Beberapa cawangan di dalam premis swasta dan kerajaan ditutup sepanjang tempoh PKP.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Syed Md Najib Syed Md Noor, berkata kepada Bernama, platform penghantaran PosLaju SendParcel turut diteruskan di 681 pejabat pos, 99 pusat Pos Laju, 169 kedai serbaneka 7-Eleven dan 170 lokasi Ezibox di seluruh negara. Selain itu, perkhidmatan mel antarabangsa dan Express Mail Service (EMS) terhad kepada destinasi negara-negara tertentu.

Kerjasama turut dijalinkan bersama CollectCo Services Sdn Bhd (CollectCo) bagi memperluaskan perkhidmatan penghantaran dan penerimaan bungkusan. Ia melibatkan 30 premis rakan kongsi CollectCo termasuk kedai serbaneka dan farmasi.

Selain Pos Malaysia, terdapat pelbagai syarikat lain yang menawarkan khidmat penghantaran bungkusan. Namun, daripada pengalaman, pos laju paling berpatutan dari segi harga. Cuma dalam masa PKP ini memang ada kelewatan sedikit. Tetapi biar lambat asal selamat.

Sumber: Malay Mail, Bernama

Tags: Perintah Kawalan Pergerakanpos malaysia
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026

Terima 600,000 parcel setiap hari, Pos Malaysia harap pelanggan bersabar

4 May 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN