• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

SELangkah, sistem daftar masuk dan keluar pengunjung di premis sekitar Selangor

  • OLEH Ghazali Alias
  • 12:49 pm
  • 06/05/2020
  • Komen
SELangkah, sistem daftar masuk dan keluar pengunjung di premis sekitar Selangor
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi menghadapi pergerakan penduduk yang lebih tinggi semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan inisiatif SElangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat.

Ia merupakan sistem daftar masuk-keluar dan log lawatan dalam talian untuk orang ramai, bertujuan bagi merekod kunjungan mereka di di premis kerajaan, perniagaan serta individu sekitar Selangor bermula 5 Mei 2020.



Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari, inisiatif ini dilaksanakan bertujuan bagi melindungi premis perniagaan dan pelanggan serta membantu petugas barisan hadapan. Ia dapat membantu menyalurkan maklumat dan pengesanan kontak sekiranya terdapat kes positif COVID-19 baru khususnya di sekitar Selangor.

Selangor memperkenalkan aplikasi SELangkah bertujuan membantu dalam ‘contact-tracing’.
Konsep asas untuk mengautomasi pendaftaran individu yang memasuki sesuatu premis, dengan mudah dan pantas. Tidak perlu menggunakan pen dan kertas, inilah ‘new normal’. #SelangorGempurCovid19 pic.twitter.com/pP5JJA3EtS

— Amirudin Shari (@AmirudinShari) May 5, 2020

Sistem SELangkah: Langkah Masuk Dengan Selamat juga akan dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan pentadbiran kerajaan negeri. Ketika ini kebanyakan premis di Selangor telah berdaftar dengan sistem ini. Bagi yang belum berbuat demikian boleh ke laman web ini.



Selepas mendaftar, pemilik premis perlu:

  1. Cetak kod QR di laman web SELangkah atau www.selangkah.my
  2. Tampal kod berkenaan di pintu masuk premis
  3. Kod QR berkenaan perlu diimbas oleh pelanggan sebelum masuk ke premis

Pelanggan pula perlu melakukan perkara berikut:

  1. Imbas Kod QR di pintu masuk
    1. IOS: Gunakan kamera sedia ada di peranti
    1. Android: Muat turun aplikasi Google Lens di Play Store
  2. Isikan nombor telefon dalam pautan sistem SElangkah dari imbasan kod QR
  3. Pelanggan akan menerima nombor pin atau kod QR yang perlu ditunjukkan kepada atau diimbas oleh juruwang semasa pembayaran.

Sepanjang PKPD, siapa yang ke Selangor perlu lakukan amalan ini apabila berkunjung ke premis yang mempamerkan kod QR SELangkah. Ini juga bakal menjadi satu normal baharu masyarakat sementara COVID-19 masih belum dibendung sepenuhnya.

Sumber: Malay Mail

Tags: SElangkahSelangor
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

SELangkah, sistem daftar masuk dan keluar pengunjung di premis sekitar Selangor

SELangkah, sistem daftar masuk dan keluar pengunjung di premis sekitar Selangor

6 May 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN