• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Aryanna Alyssa atasi Jordan dan Namewee sebagai Youtuber Paling Banyak Pengikut di Malaysia

  • OLEH Ghazali Alias
  • 11:09 pm
  • 07/05/2020
  • Komen
Aryanna Alyssa atasi Jordan dan Namewee sebagai Youtuber Paling Banyak Pengikut di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Penyanyi cilik berusia 12 tahun yang juga merupakan seorang Youtuber, Aryanna Alyssa Dezek, mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya menempatkan diri di dalam Carta 10 YouTuber Paling Banyak Dilanggan di Malaysia.

Dalam carta itu, Aryanna Alyssa menduduki tempat ke 9 dengan jumlah pengikut sebanyak 2.49 juta, sekaligus menurunkan kedudukan selebriti popular yang pernah berada di tangga 10 teratas, Namewee pergi ke tangga ke 11.



Mengidolakan penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza dan artis antarabangsa Taylor Swift, Aryanna Alyssa mahu menjadikan Youtube sebagai salah satu platform untuk mengembangkan kariernya dengan berkongsi bakat dan karya seni muzik.

Menerusi video di Youtube, Aryanna Alyssa banyak menyanyikan cover lagu dari penyanyi Malaysia dan Indonesia, dengan bermain instrument seperti ukelele atau gitar.



Menurutnya, pengikutnya meningkat mendadak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa. Singlenya, Lagu Untuk Kamu, yang dilancarkan pada bulan November 2019, kini telah mencecah 30 juta tontonan. Dia juga mempunyai sebuah lagi lagu sendiri berjudul Ma dan Pa.

Memulakan saluran Youtube sejak lapan tahun lalu, Aryanna Alyssa turut mendapat jumlah tontonan video yang tinggi menerusi cover lagu Upiak Isil, Tak Tun Tuang iaitu sebanyak 34 juta.

Selain bernyanyi, Aryanna Alyssa pernah berlakon dalam telefilem seperti Kasut Bola Pink, Anak Anak Ibu dan Jangan Sembelih Merah. Selain itu dia juga merupakan peserta Astro Ceria All Stars dan pernah menjadi hos bersama untuk rancangan di saluran  TV2, Chikiboom. 

Berasal dari Kuala Lumpur, Aryanna Alyssa mula meminati bidang muzik selepas memiliki ukulele sendiri pada usia 4 tahun. Dia belajar memainkan instrumen itu menerusi Youtube dan kelas muzik. Selain bermain ukulele, dia turut belajar alat muzik lain seperti gitar dan biola.

Ibunya, Suzanne Derek yang juga seorang penyanyi, sentiasa mendukung karier seni anaknya, selain menjadi individu yang memulakan saluran Youtube Aryanna Alyssa.

Sumber: Malay Mail

Tags: 10 Most Subscribed YouTubersYouTube
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Aryanna Alyssa atasi Jordan dan Namewee sebagai Youtuber Paling Banyak Pengikut di Malaysia

Aryanna Alyssa atasi Jordan dan Namewee sebagai Youtuber Paling Banyak Pengikut di Malaysia

7 May 2020
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN