• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

15 unit Oppo Reno3 akan diberikan percuma semasa pelancarannya

  • OLEH Najib
  • 3:10 pm
  • 08/05/2020
  • Komen
15 unit Oppo Reno3 akan diberikan percuma semasa pelancarannya
Share on FacebookShare on Twitter

Oppo Malaysia kini telah menetapkan tarikh pelancaran siri Reno3 di Malaysia. Ia akan diadakan secara langsung pada 12 Mei 2020, bermula pukul 6 petang. Pada majlis pelancaran tersebut, Oppo turut menyediakan 15 unit Reno3 untuk diberikan percuma kepada penonton yang bertuah.

Pemberian percuma Reno3 ini diadakan dalam dua segmen. 5 unit Reno3 akan diberikan menerusi Facebook Page Oppo Malaysia. Untuk memenanginya, penonton perlu Like dan Share Strim Siaran Langsung majlis pelancaran tersebut, bersama tanda pagar #OPPOReno3Series.



Baki 10 unit Oppo Reno3 akan diberikan dalam cara yang hampir sama. Penonton perlu Like dan Share Strim Siaran Langsung majlis pelancaran tersebut, bersama tanda pagar #OPPOReno3Series. Sebagai tambahan, penonton perlu menjawab soalan dengan tepat, dengan meninggalkan komen semasa siaran langsung diadakan, bersama tanda pagar #OPPOReno3Series. Syarat dan terma pertandingan boleh dirujuk di sini.

Di Asia Tengah, terdapat dua model Reno3 diperkenalkan iaitu Reno3 dan Reno3 Pro. Kedua-dua model ini memiliki rupa fizikal, kuasa dalaman dan spesifikasi kamera yang berbeza. Boleh dikatakan, hampir tiada persamaan.



Oppo Reno3 Pro

Oppo Reno3 Pro adalah peranti yang lebih perkasa, menggunakan cip Mediatek Helio P95 bersama RAM 8GB dan storan sehingga 256GB. Skrinnya berukuran 6.4-inci HD Penuh dari jenis Super AMOLED, dengan lubang di atas kanan untuk meletakkan kamera hadapan.

This image has an empty alt attribute; its file name is 200506-Oppo-Reno3-Pro-3-warna-1024x614.jpg

Ia memiliki empat kamera di belakang dengan kamera utama 64MP, kamera telefoto, ultra lebar dan mono. Manakala kamera hadapannya gandingan kamera utama 44MP dan 2MP. Baterinya sebesar 4,025mAh dan menyokong pengecasan pantas VOOOC 4.0 30W melalui USB-C.

Oppo Reno3

Oppo Reno3 pula dikuasakan cip Mediatek Helio P90, RAM 8GB dan storan 128GB. Skrinnya berukuran 6.4-inci HD penuh dari jenis Super AMOLED, tetapi menggunakan takuk untuk menempatkan kamera hadapan.

This image has an empty alt attribute; its file name is 200506-Oppo-Reno3-3-warna-1024x615.jpg

Reno3 juga ada empat kamera belakang iaitu kamera utama 48MP, kamera telefoto, ultra lebar dan mono. Kamera hadapan di dalam takuk pula ialah kamera 44MP. Persamaannya dengan versi Pro ialah bateri 4,025mAh dan pengecasan pantas VOOC 4.0 30W.

Harga

Untuk perbandingan, Oppo Reno3 Pro (8GB+256GB) telah dijual di UAE pada harga AED1,899 (~RM2,228), manakala Oppo Reno3 (8GB+128GB) pula berharga AED1,399 (~RM1,641). Dijangka harga untuk Malaysia tidak jauh dari harga ini.

Di China, siri Oppo Reno3 datang dengan sokongan rangkaian 5G tetapi model di Asia Tengah tiada pula 5G. Memandangkan Oppo Malaysia tidak menyatakan apa-apa perkara mengenai 5G dalam pengumuman awal ini, model di Malaysia juga dilihat tidak akan menyokong rangkaian 5G.

Tags: oppoOppo Reno 3
Najib

Najib

POPULAR

15 unit Oppo Reno3 akan diberikan percuma semasa pelancarannya

15 unit Oppo Reno3 akan diberikan percuma semasa pelancarannya

8 May 2020
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN