• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Rosli Man letak jawatan pengerusi TM, diganti oleh Tan Sri Mohd Bakke

  • OLEH Ghazali Alias
  • 6:54 pm
  • 08/05/2020
  • Komen
Rosli Man letak jawatan pengerusi TM, diganti oleh Tan Sri Mohd Bakke
Share on FacebookShare on Twitter

Telekom Malaysia Berhad (TM) hari ini mengumumkan perlantikan Pengerusi baharu, Tan Sri Datuk Seri Mohd Bakke Salleh, berkuatkuasa 11 Mei 2020, susulan pengunduran Rosli Man dari jawatan berkenaan.

Menurut kenyataan TM, Ahli Lembaga Pengarah dan warga kerja TM menghargai segala jasa yang dicurahkan oleh Rosli Man sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Pengerusi TM sejak Disember 2018. Rosli Man telah meletakkan TM sebagai pembekal infrastruktur telekomunikasi kebangsaan, ke arah peneraju pembangunan rangkaian 5G di negara ini.



Dalam masa yang sama, TM turut mengalu-alukan kedatangan ahli korporat, Tan Sri Mohd Bakke, untuk menerajui syarikat dengan pengalaman meluas beliau dalam dunia perniagaan dan pentadbiran. Beliau merupakan Pengerusi Felda (selama 2 tahun bermula Jun 2019 sehingga kini) dan bekas Pengarah Urusan Sime Darby Plantation Berhad yang bersara pada Jun 2019. 

Tan Sri Mohd Bakke mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sains (Ekonomi) dari London School of Economics, United Kingdom pada 1977. Beliau juga pernah menjadi pegawai di Institut Akauntan Bertauliah di England dan Wales (ICAEW) sejak 1983, serta menjadi Felo ICAEW sejak 1993.



Tan Sri Mohd Bakke juga merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia sejak 1988, selain pernah pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Felda Holdings Berhad (sebelum dikenali sebagai Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV)) pada Januari 2009 dan berkhidmat bersama Sime Darby Plantation Berhad selama sembilan tahun sejak 30 Disember 2010.

Sumber: Bursa Malaysia

Tags: Mohd BakkeRosli ManTM
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Rosli Man letak jawatan pengerusi TM, diganti oleh Tan Sri Mohd Bakke

Rosli Man letak jawatan pengerusi TM, diganti oleh Tan Sri Mohd Bakke

8 May 2020
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

Oppo Find N6 Malaysia: Skrin hampir tanpa kesan lipat, kamera Hasselblad 200MP, harga RM8,699

18 March 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN