• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPB: Ziarah semasa Aidilfitri untuk ahli keluarga sahaja, perlu patuh garis panduan KKM

  • OLEH Ghazali Alias
  • 12:19 pm
  • 12/05/2020
  • Komen
Malaysia Buka Pintu Untuk Jadi Lokasi Ujian Klinikal Vaksin COVID-19
Share on FacebookShare on Twitter

Aktiviti kunjung mengunjung yang dibenarkan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hanya untuk ahli keluarga dalam negeri sama sahaja.

Hal ini dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham, meskipun satu rumah dibenarkan menerima maksimum 20 pelawat, jumlah kunjungan itu perlu relevan dengan saiz rumah.



Pelawat dan tuan rumah juga perlu mematuhi garis panduan sambutan Aidilfitri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Antara garis panduan yang dinyatakan adalah:

  1. Jaga jarak sosial
  2. Cuci tangan dengan sabun atau pensanitasi tangan sebelum masuk rumah
  3. Memakai penutup mulut dan hidung
  4. Elakkan aktiviti cium-cium terutama dengan warga emas dan bayi
  5. Ziarah hanya dibenarkan untuk ahli keluarga dan saudara mara dengan pertalian darah

Jelas beliau, sekiranya terdapat keluarga yang tidak mematuhi garis panduan berkenaan walaupun jumlah pengunjung di bawah 20 orang, ianya tetap dikira melanggar garis panduan berkenaan.



Tanpa penjarakan sosial, aktiviti ziarah akan mengundang risiko jangkitan kepada ahli keluarga malah, mengancam warga emas dan bayi yang berisiko tinggi dijangkiti.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa dalam pelaksanaan PKPB yang dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020, kerajaan tidak menghalang aktiviti kunjung mengunjung semasa Aidilfitri, dengan syarat tidak melebihi 20 orang di dalam rumah pada satu masa. Walau bagaimanapun, perjalanan rentas negeri masih belum dibenarkan.

Semua sedih dengan sambutan Aidilfitri yang sangat berbeza tahun ini. Walaupun boleh ziarah saudara mara dalam satu negeri (Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diikira rentas daerah), patuhi garis panduan pencegahan daripada KKM. Jangan kita bawa penyakit ke rumah orang. Lebih selamat berhubung dalam talian dengan sidang video.

Sumber: NST

Tags: kementerian kesihatanPKPB
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Malaysia Buka Pintu Untuk Jadi Lokasi Ujian Klinikal Vaksin COVID-19

PKPB: Ziarah semasa Aidilfitri untuk ahli keluarga sahaja, perlu patuh garis panduan KKM

12 May 2020
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER