• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Data untuk WhatsApp, Microsoft 365 dan Muslim Pro percuma untuk pengguna Celcom sempena puasa dan raya

  • OLEH Najib
  • 2:00 pm
  • 13/05/2020
  • Komen
Data untuk WhatsApp, Microsoft 365 dan Muslim Pro percuma untuk pengguna Celcom sempena puasa dan raya
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai menyokong usaha kerajaan membendung wabak COVID-19 menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakan syarikat telekomunikasi memberikan 1GB data percuma kepada pengguna setiap hari bermula 1 April 2020. Kini dengan PKP Bersyarat (PKPB) bermula, banyak perniagaan dan kedai telah dibuka semula.

Tiada pengumuman dibuat oleh syarikat telekomunikasi sama ada mereka akan meneruskan pemberian 1GB data setiap hari sepanjang PKPB, dari 13 Mei hingga 9 Jun 2020. Sebagai pengguna Celcom, penulis masih menerima 1GB data percuma ini. Apabila menghubungi Celcom, mereka menyatakan bahawa pemberian ini akan terus diberikan sehingga tamat PKPB.



Selain itu, Celcom telah mengeluarkan kenyataan media mengenai inisiatif data percuma yang lain, sempena bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba. Untuk WhatsApp, Celcom akan terus memberi penggunaan tanpa had secara percuma sehingga 30 Jun 2020.

Bagi akses internet untuk aplikasi Microsoft Office 365 pula, internet tanpa had baginya akan terus diberikan sehingga 9 Jun 2020. Inisiatif baharu yang diperkenalkan Celcom kini ialah akses tanpa had percuma ke aplikasi Muslim Pro.



Muslim Pro adalah aplikasi mudah alih Islam dengan kandungan waktu solat yang tepat, jam azan, Al-Quran audio penuh, panduan restoran & masjid Halal, pencari arah kiblat, kalendar Hijriah Islam dan banyak lagi. MuslimPro boleh didapati di App Store (iPhone), Google Play (Android), dan laman web di www.muslimpro.com.

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata ketika rakyat Malaysia menyesuaikan diri dan menghadapi situasi yang mencabar ini, Celcom menawarkan kepada pelanggannya peluang yang lebih menarik dan unik untuk mereka menyambut Ramadan dan Raya ini secara berbeza dan kreatif.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi

“Celcom bekerja dengan cara yang berbeza untuk memastikan pelanggan kekal berhubung, serta membolehkan pelanggan menggunakan cara baru dan kreatif untuk menyambut Ramadhan dan Raya nanti. Mari kita terus memainkan peranan kita dan meraikan Ramadan (#StaySafe #RamadanKu) dan Raya yang akan datang (#StaySafe #RayaTetapBersama) dengan rasa syukur dan sabar,” tambah Idham.

Celcom akan menyampaikan beberapa pengumuman dalam masa terdekat ini, dan pelanggan boleh layari laman web www.celcom.com.my atau Facebook Celcom dan Twitter Celcom, untuk mendapatkan maklumat dan promosi terkini.

Tags: celcomHari RayaPerintah Kawalan Pergerakan
Najib

Najib

POPULAR

Data untuk WhatsApp, Microsoft 365 dan Muslim Pro percuma untuk pengguna Celcom sempena puasa dan raya

Data untuk WhatsApp, Microsoft 365 dan Muslim Pro percuma untuk pengguna Celcom sempena puasa dan raya

13 May 2020
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN