• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Search bawa pembelajaran anatomi dan muzium maya dalam 3D dan AR

  • OLEH Ghazali Alias
  • 5:04 pm
  • 13/05/2020
  • Komen
Google Search bawa pembelajaran anatomi dan muzium maya dalam 3D dan AR
Share on FacebookShare on Twitter

Grafik atau gambar rajah merupakan salah satu cara untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik dan mudah difahami. Memanfaatkan konsep itu, Google menaiktaraf carian untuk bahan bantu belajar dengan gambar rajah tiga dimensi (3D) dan video augmented reality (AR).

Pengguna boleh menjadikan Google sebagai arkib maya untuk mendapatkan pelbagai info dalam dua model berkenaan daripada anatomi badan, sel hingga informasi angkasawan.



Bagi 3D pengguna Android memerlukan sistem operasi versi  7 ke atas manakala untuk video AR, telefon perlu menyokong ARCore. Bagi IOS pula, peranti perlu:

  • iPhone 6s atau terkini
  • IOS 11 ke atas
  • Menggunakan aplikasi Safari, Chrome atau Google app

Antara infografik 3D dan AR di Google search adalah:



1. Mengenali anatomi manusia

Mungkin kita pernah belajar tentang bagaimana jantung berkerja mahupun mengenali bahagian-bahagian tulang. Google berkerjasama dengan BioDigital untuk model AR 11 sistem badan manusia. Untuk mencarinya:

  1. Taip  circulatory system atau skeletal system di enjin carian Google
  2. Klik View in 3D
  3. Baca label pada setiap bahagian badan untuk pelajari dengan lebih lanjut atau lihat imej skala-sebenar dalam AR untuk lebih memahami skalanya.

2. Mendalami dunia mikroskopik

Untuk dunia mikroskopik, Google bekerjasama dengan dengan Visible Body untuk menghasilkan model-model AR bagi sel haiwan, tumbuhan dan bakteria, termasuklah organ penting mereka. Untuk mencarinya:

  1. Cari “animal cell” dan zum masuk ke dalam nukleusnya untuk melihat bagaimana ia menyimpan DNA
  2. Cari “mitochondria” untuk mempelajari tentang bahgaian dalaman sel secara AR. Zum masuk dan lihat butiran bagi setiap komponennya

3. Lawat muzim maya

Dalam tempoh pandemik, muzium antara kawasan tumpuan yang ditutup. Menerusi Google Arts & Culture dan institusi-institusi seperti Smithsonian National Air and Space Musuem, Pengguna boleh melawat muzium menggunakan AR. Caranya:

  1. Cari Apollo 11 di enjin carian untuk melihat modul kawalannya dalam 3D
  2. Cari “Neil Armstrong” untuk melihat sut angkasanya dalam skala sebenar
  3. Lawati “Chauvet Cave” untuk melihat secara dekat lukisan-lukisan gua tertua di dunia, yang biasanya tidak dapat dikunjungi orang awam

Selain belajar perkara baharu secara interaktif, pengguna juga boleh berkongsi video-video AR bersama rakan-rakan dan keluarga. Google juga sedang melancarkan format karusel baru di Android, di samping pilihan rakaman yang boleh di kongsi bersama.

Bagi mereka yang megambil jurusan sains, fungsi baru carian Google ini amat membantu untuk menjadikan pembelajaran lebih interaktif. Ia juga boleh dijadikan seperti kamus bergambar untuk menarik minat anak-anak belajar.

Tags: GoogleGooglegram
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Google Search bawa pembelajaran anatomi dan muzium maya dalam 3D dan AR

Google Search bawa pembelajaran anatomi dan muzium maya dalam 3D dan AR

13 May 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER