• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo Y30 dijual pada harga RM 899, tawar kapasiti besar untuk bateri dan storan

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:04 pm
  • 13/05/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Vivo Malaysia mengumumkan penjualan telefon terbaharu untuk siri Y iaitu, Vivo Y30 yang sudah mula memasuki pasaran tempatan sejak 9 Mei 2020 pada harga RM 899.

Telefon terbaharu ini boleh didiapati di kedai dalam talian Vivo, stor rasmi Lazada dan Shopee serta Vivo Concept store dan pengedar sah terpilih.



Pada harga di bawah RM 1,000, Vivo Y30 mempunyai skrin LCD Ultra O 6.47 inci yang menempatkan kamera berlubang di bucu kiri atas. Ia beroperasi dengan pemproses Helio P35 yang dipadukan dengan RAM 4GB dan storan 128GB. Ia juga menggunakan sistem operasi Android 10.

Telefon ini mengetengahkan bateri berkapasiti besar iaitu 5,000 mAh yang menyokong pengecasan 10 watt. Ia dicas melalui port USB-C. Vivo mengetengahkan ciri ini sebagai kelebihan, tetapi banyak telefon kelas pertengahan lain di pasaran mempunyai ciri yang sama.



Di bahagian pengimejan pula,  Vivo Y30 didatangkan dengan kuadkamera belakang. Ia memiliki sensor utama 13 MP. Selebihnya adalah sensor 8 MP ultra lebar, 2 MP makro dan bokeh. Kamera hadapan pula mempunyai sensor 8 MP.

Vivo Y30 boleh didapati dalam dua pilihan warna iaitu Dazzle Blue dan Moonstone White. Dengan pembelian Vivo Y30 di stor dalam talian Vivo, pelanggan akan menerima set hadiah yang bernilai RM 199.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh ke laman web atau Facebook rasmi Vivo.

Tags: vivovivo y30
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Vivo Y30 dijual pada harga RM 899, tawar kapasiti besar untuk bateri dan storan

13 May 2020
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026
Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

Samsung Galaxy Z Fold 8 & Z Fold 8 Ultra: Skrin lebih cerah & nisbah skrin lebar baharu

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN