• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Mercedez-Benz kembali beroperasi dengan SOP keselamatan yang ketat di semua sektor

  • OLEH Ghazali Alias
  • 6:28 pm
  • 14/05/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Susulan kelonggaran yang diberikan kepada sektor ekonomi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), Mercedez-Benz Malaysia kini kembali beroperasi termasuk membuka semula perkhidmatan pusat pameran dan servis di seluruh negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mercedez-Benz Malaysia, Dr. Claus Weidner, pihaknya akan memastikan operasi yang dijalankan dalam tempoh PKPB akan mematuhi prosedur operasi Standard yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.



Selain itu, pihaknya juga dalam usaha untuk memanfaat normal baharu dengan menyediakan platform digital seperti pusat pameran dan pengalaman pandu uji kenderaan secara maya, hanya dari keselesaan di rumah.

Mercedez-Benz juga mengambil pelbagai pendekatan bagi memudahkan pelanggan sepanjang PKPB, antaranya:



  • Penjualan kenderaan di seluruh negara akan dibuka semula bergantung kepada kebenaran yang diberikan oleh pihak kerajaan atau pihak berkuasa tempatan (PBT)
  • Perkhidmatan servis berkala dan pembaikan kenderaan yang dijalankan di pusat pengedar akan beroperasi seperti biasa dengan pelaksaaan SOP pencegahan COVID-19 yang ketat. Pelanggan boleh membuat temujanji  dan mendapatkan maklumat lanjut di pautan ini atau hubungi pusat pengedar sah berdekatan
  • Pelanggan dengan tarikh servis kenderaan antara 18 Mac hingga 12 Mei 2020, perlu menghantar kenderaan mereka dalam tempoh 60 hari selepas 12 Mei 2020.
  • Waranti 4 tahun untuk pembaikan kenderaan yang tamat antara tarikh 18 Mac hingga 30 Jun 2020, akan diberikan tempoh lanjutan selama 60 hari bermula dari 30 Jun 2020.
  • Operasi kilang penghasilan kenderaan di Pekan, Pahang akan diteruskan kembali bermula 13 Mei 2020.

Program Star Shield

Untuk menjaga keselamatan pelanggan semasa berurusan di pusat pameran mahupun servis kenderaan, pihak Mercedez-Benz turut memperkenalkan program Star Shield. Ia merupakan langkah keselamatan yang dirangka merangkumi pelaksanaan langkah berikut:

  1. Pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki premis
  2. Menyediakan topeng penutup mulut dan hidung serta pensanitasi tangan untuk pelanggan
  3. Mengamalkan penjarakan sosial
  4. Menghadkan kemasukan pelanggan pada satu masa
  5. Pembersihan dan sanitasi yang kerap di semua kenderaan dan kawasan mudah terdedah
  6. Mensanitasi, membalut kerusi dan stereng kenderaan yang dijadualkan untuk melakukan servis serta pembaikan

Untuk melihat model terbaharu keluaran Mercedez-Benz, pelanggan juga boleh ke pusat pameran maya di laman web ini. Bagi mereka yang ingin menempah slot pandu uji kenderaan boleh ke pautan ini.

Maklumat lanjut boleh ke laman web Mercedez-Benz atau menghubungi pusat khidmat pelanggan di talian, 1-800-88-1133.

Tags: mercedez-benzpkpd
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

Bantuan SARA RM100: Semakan kelayakan kini dibuka, ini caranya

21 August 2025
Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

Kini ada lagi banyak cara kumpul GrabRewards, ini tip untuk maksimumkan ganjaran anda!

31 July 2025

Mercedez-Benz kembali beroperasi dengan SOP keselamatan yang ketat di semua sektor

14 May 2020
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER