• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Nissan buka kembali operasi pusat pameran dan servis, tawar promosi sempena Aidilfitri

  • OLEH Ghazali Alias
  • 4:58 pm
  • 14/05/2020
  • Komen
Nissan buka kembali operasi pusat pameran dan servis, tawar promosi sempena Aidilfitri
Share on FacebookShare on Twitter

Semua pusat pameran dan servis kenderaan Nissan di seluruh negara kini kembali dibuka seperti biasa, dengan waktu operasi baharu sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut kenyataan Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd (ETCM), seiring dengan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan sektor ekonomi sepanjang PKPB, pihaknya akan memastikan semua langkah ini diambil bagi memastikan keselamatan pelanggan dan pekerja.:



  1. Pemeriksaan suhu
  2. Penjarakan sosial
  3. Pemakaian topeng penutup hidung dan mulut oleh kakitangan
  4. Menyediakan sarung tangan, topeng muka, dan pensanitasi tangan di semua pusat pameran dan servis
  5. Melakukan sanitasi di pusat pameran secara kerap
  6. Mensanitasi kenderaan pelanggan dipusat servis sebelum diserahkan
  7. Menggalakkan pembayaran tanpa sentuh

Pada masa sama, pihak ETCM juga memaklumkan bahawa pihaknya akan meneruskan urusan penghantaran dan pendaftaran kenderaan selepas pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka semua transaksi di kaunter secara berfasa pada 13 Mei 2020.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat waktu operasi terkini pusat pameran dan servis kenderaan Nissan, boleh merujuk di pautan ini atau laman web Nissan After Sales.



Pusat pameran kenderaan dalam talian

Bagi pelanggan yang tidak dapat datang ke kedai fizikal, Nissan juga membawakan kedai pameran secara dalam talian. Pelanggan boleh mendapatkan maklumat, info dan senarai kenderaan terkini dari Nissan menerusi satu klik di laman web ini.

Menerusi pusat pameran dalam talian, pengguna boleh menghantar borang untuk menyemak kelayakan pembelian, menetapkan temujanji untuk pandu uji kenderaan dari depan rumah dan sebagainya.

Promosi Raya

ETCM menawarkan promosi khas sempena Aidilfitri untuk kenderaan terpilih dengan bayaran bulanan menarik serta 2 tahun servis berkala.

Senarai kenderaan terlibat adalah seperti berikut:

Pelanggan yang membeli Nissan X-trail dan Serena S Hybrid antara 1 Mei hingga 30 Jun 2020 juga akan menerima Pelan Pelindungan Takaful FWD Protect Direct Family selama setahun (merangkumi sehingga 4 ahli keluarga dengan jumlah diinsuranskan RM 100,000). Penebusan hendaklah dilakukan sebelum 31 Julai 2020. Maklumat lanjut boleh merujuk di sini.

Tidak ketinggalan, 20 pelanggan bertuah turut berpeluang memenangi kelengkapan rumah kesihatan Cuckoo dengan nilai keseluruhan RM128,888 menerusi pertandingan Beli dan Menang Nissan. Pelanggan hanya perlu membeli dan mendaftar apa-apa sahaja model Nissan yang dibeli dalam tempoh sama.

Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web Nissan, Nissan After Sales atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-3838.

Tags: NissanPKPB
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Nissan buka kembali operasi pusat pameran dan servis, tawar promosi sempena Aidilfitri

Nissan buka kembali operasi pusat pameran dan servis, tawar promosi sempena Aidilfitri

14 May 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER