• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Health Monitor kini ditambah fungsi periksa tekanan darah

  • OLEH Ghazali Alias
  • 2:44 pm
  • 14/05/2020
  • Komen
Samsung Health Monitor kini ditambah fungsi periksa tekanan darah
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung mengumumkan kehadiran fungsi baharu melalui aplikasi Samsung Health Monitor, yang membolehkan pemeriksaan dan pemantauan tekanan darah dilakukan di Samsung Galaxy Watch terpilih.

Menurut kenyataan dari Samsung, fungsi baharu yang membolehkan pengguna memeriksa tekanan darah ini, telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Keselamatan Makanan dan Dadah Korea Selatan (MFDS).



Fungsi ini juga hanya boleh digunakan oleh peranti Galaxy Watch Active2. Ini berikutan ia dilengkapi dengan teknologi sensor yang terkini untuk menjejak tekanan darah dalam badan.

Jelas kenyataan itu lagi, pemantau tekanan darah ini melengkapkan penjejakan kesihatan di aplikasi Samsung Health Monitor. Dengan mengetahui maklumat tekanan darah, pengguna boleh mengawasi kesihatan agar dapat mengelak daripada mengidap penyakit berpunca daripada darah tinggi.



Menerusi fungsi ini, pemeriksaan kadar tekanan darah semasa boleh dilakukan dengan satu sentuhan. Ia mengukur tekanan darah melalui analisis nadi, yang menggunakan sensor pemantauan denyut jantung.

Sebelum pemeriksaan tekanan darah boleh dilakukan terus di Samsung Galaxy Watch, pengguna perlu memasukan rekod tekanan darah terlebih dahulu dengan menggunakan alat pengesan tradisional yang dilakukan sebanyak tiga kali. Daripada rekod itu, Samsung Health Monitor akan merekod kadar kesihatan pengguna dan menganalisa hubungan antara perubahan tekanan darah secara harian.

Fungsi ini akan tersedia di Samsung Galaxy Watch 2 pada suku ketiga tahun 2020 (bermula September). Ia juga akan dikembangkan ke model peranti jam tangan pintar Samsung yang akan datang.

Dengan adanya alat pemantau tekanan darah di jam tangan pintar, rakyat Malaysia boleh semak tekanan darah sendiri. Jika lebih paras normal boleh amalkan aktiviti dan pemakanan sihat atau bertemu doktor untuk konsultasi kesihatan.

Sumber: Samsung

Tags: samsungsamsung galaxy watch 2samsung health monitor
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Samsung Health Monitor kini ditambah fungsi periksa tekanan darah

Samsung Health Monitor kini ditambah fungsi periksa tekanan darah

14 May 2020
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER