• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Permainan video popular GTA V, kini boleh dimiliki percuma dalam edisi premium

  • OLEH Najib
  • 12:59 pm
  • 15/05/2020
  • Komen
Permainan video popular GTA V, kini boleh dimiliki percuma dalam edisi premium
Share on FacebookShare on Twitter

Grand Theft Auto (GTA) merupakan salah satu francais permainan video yang popular. Kini anda boleh mendapatkan siri kelimanya, GTA V untuk PC secara percuma di Epic Games Store. Bagaimanapun, pemberian percuma ini dibuka dari 14 hingga 21 Mei sahaja.

Lebih baik lagi, Epic memberikan edisi premium GTA V bernilai USD25 (~RM108) secara percuma untuk semua. Edisi premium ini mengandungi cerita penuh GTA V, GTA Online, semua kandungan naiktaraf serta Criminal Enterprise Starter Pack. Starter Pack ini memberikan kandungan tambahan serta bonus tunai USD1,00,000 untuk GTA Online.



GTA V dihasilkan oleh pembangun permainan video, Rockstar North dan dilancarkan pada tahun 2013. Ia adalah permainan dunia terbuka berlatarkan negeri fiksyen, San Andreas yang direka berasaskan California Selatan, Amerika Syarikat.

Kuasa komputer minima untuk memainkan GTA V adalah pemproses Intel Core 2 Quad Q6600 atau AMD Phenom 9850, RAM 4GB, kad grafik Nvidia 9800 atau AMD HD4870, serta storan seluas 90GB. Kuasa yang disyorkan untuk bermain adalah CPU Intel Core i5 3470 atau AMD X8 FX-8350, RAM 8GB, kad grafik Nvidia GTX 660 atau AMD HD7870 dan storan 90GB.



Sebelum menebus permainan ini, Epic memerlukan pengguna mengaktifkan dahulu pengesahan dua faktor di dalam akaun pengguna. Cara-cara untuk mengaktifkannya boleh dirujuk di sini. Pendaftaran akaun di Epic Games Store adalah percuma.

Pemberian permainan percuma oleh Epic ini bukanlah perkara baru. Mereka sebenarnya telah memberikan banyak tajuk permainan secara percuma sejak melancarkan stor permainan pada Disember 2018. Apakah tajuk permainan seterusnya yang akan diberikan percuma oleh Epic? Selalulah semak aplikasi Epic Games Store setiap bulan, agar anda tidak terlepasnya.

Sumber: Forbes, The Verge

Tags: epic gamesGTA V
Najib

Najib

POPULAR

Permainan video popular GTA V, kini boleh dimiliki percuma dalam edisi premium

Permainan video popular GTA V, kini boleh dimiliki percuma dalam edisi premium

15 May 2020
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN