• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Oppo jawab dakwaan yang SuperVOOC 2.0 mereka jejaskan hayat bateri

  • OLEH Hanif Azrai
  • 1:03 pm
  • 15/05/2020
  • Komen
Buka Kotak: Realme 3 Pro, Si Pengucar Kacir Segmen Midrange
Share on FacebookShare on Twitter

Berdasarkan laporan kami beberapa hari lalu berkaitan hayat bateri memendek lebih cepat disebabkan pengecasan pantas, Oppo telahpun tampil memberi penjelasan berkaitan teknologi SerBOOC 2.0 mereka. Secara ringkasnya, ada seorang penulis portal teknologi memaklumkan bahawa pihak Oppo mengkaui yang pengecasan pantas 40W pendekkan hayat bateri 3 kali lebih pantas daripada pengecasan 15W.

Pengecasan 40W Pendekkan Hayat Bateri 3 Kali Lebih Pantas Daripada Pengecasan 15W

Walaupun tidak memberikan data perbandingan dengan pengecasan 15W, Oppo ada menerbitkan hasil ujian dalaman dan juga pihak ketiga keatas bateri yang dicas menggunakan SuperVOOC 2.0.



Daripada maklumat yang dikongsikan, selepas 800 kitaran cas, kapasiti bateri didapati masih lagi melebihi 91.1% berbanding kapasiti asal. Menurut perkiraan pihaknya, 800 kitaran mengambil masa lebih kurang 2 tahun. Maka, berdasarkan penyataan tersebut, selepas 2 tahun penggunaan, hayat bateri anda dijangka hampir sama panjang seperti sewaktu dibeli.

Keputusan ujian merkea tidak lari jauh dengan keputusan yang diperoleh TUV Rheinland, agensi pihak ketiga yang melakukan ujian yang sama keatas teknologi pengecasan pantas Oppo.



Oppo juga menerbitkan sijil pengesahan daripada pihak tersebut keatas produk mereka untuk rujukan pengguna.

Keupayaan mengekalkan kapasiti melebihi 90% selepas 800 kitaran cas adalah sangat baik sebenarnya. Ia mungkin disumbang oleh rekaan pengecasan pantas itu sendiri.

Kalau anda perasan, blok pengecas SuperVOOC agak besar daripada pengecas biasa. Hal ini kerana, ada litar keselamatan tambahan yang digunakan untuk kawal penghasilan haba dan seterusnya elakkan bateri daripada terlebih panas dan menjejaskan hayat bateri.

Kami juga telah memohon data analisis Oppo untuk sistem pengecasan wayarles 40W dan masih menunggu jawapan.

Tags: oppooppo ace 2Oppo Find X2oppo reno aceoppo supervooc 2
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Buka Kotak: Realme 3 Pro, Si Pengucar Kacir Segmen Midrange

Oppo jawab dakwaan yang SuperVOOC 2.0 mereka jejaskan hayat bateri

15 May 2020
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

Vivo V80 bakal tiba di Malaysia: Tempahan awal dibuka dengan ganjaran sehingga RM2,042

11 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

RedMagic 12 Pro Malaysia: Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, skrin 185Hz dari RM3,999

10 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN