Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Pengecasan 40W Pendekkan Hayat Bateri 3 Kali Lebih Pantas Daripada Pengecasan 15W

Mungkin sebab inilah Apple masih setia dengan pengecasan 5W mereka. Tapi di bahagian padang Android, pengeluar kini berlumba-lumba hasilkan teknologi pengecasan pantas. Contohnya, Oppo Reno Ace Gundam Edition miliki blok pengecas 65W yang katanya boleh mengisi tangki baterinya daripada 0 hingga penuh dalam masa 30 minit saja.

Namun begitu, pengecasan pantas bukanlah manfaat semata-mata kerana ada juga kesan sampingan yang anda perlu tahu. Salah seorang penulis di AnandTech melaporkan yang pihak Oppo mengakui yang sekiranya kitaran mengecas dimalarkan, pengecasan pantas 40W mereka mengurangkan kapasiti bateri kepada 70% pada kadar yang sama seperti pengecasan 15W mengurangkan kapasiti bateri kepada 90%.

Ringkasnya, hayat bateri yang dicas 40W 3 kali lebih cepat luput berbanding yang menggunakan pengecasan 15W.Untuk perspektif, pengeluar lain pun ada teknologi pengecasan pantas mereka tersendiri, tapi tidaklah melangkaui 50W.

Misalnya, Galaxy S20 Ultra dibekalkan blok pengecasan 25W walaupun ia menyokong pengecasan 45W tapi blok tersebut perlu dibeli secara berasingan. Huawei P40 Pro menyokong pengecasan 40W dan blok tersebut dibekalkan bersama dalam kotak.

Galaxy S20 Ultra
Huawei P40 Pro

Paling teruk adalah Apple yang masih bekalkan pengecasan 5W tapi mujurlah ia menyokong pengecasan pantas 18W walaupun anda gunakan pengecas berjenama generik.

Sumber: Neowin

BACA  Wilayah di Indonesia isytihar darurat selama 3 bulan akibat kebakaran hutan