• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

COVID-19: Tak wajib pakai topeng muka di Beijing, penduduknya disaran keluar beriadah

  • OLEH Ghazali Alias
  • 4:47 pm
  • 19/05/2020
  • Komen
COVID-19: Tak wajib pakai topeng muka di Beijing, penduduknya disaran keluar beriadah
Share on FacebookShare on Twitter

Beijing telah melonggarkan langkah pencegahan COVID-19 dengan tidak lagi mewajibkan penduduknya memakai topeng muka ketika berada di luar rumah bermula 17 Mei 2020.

Perkara berkenaan dilaksanakan berdasarkan garis panduan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDCP) Beijing. Walau bagaimanapun, penduduk masih perlu mematuhi penjarakan sosial bagi mengelak dijangkiti virus.



Pada masa sama, penduduk Beijing juga digalakkan supaya keluar beriadah sekiranya keadaan cuaca mengizinkan. Ia bagi meningkatkan kualiti dan tahap kesihatan.

Setakat 16 Mei 2020, China mencatatkan pertambahan lima jangkitan baharu menjadikan jumlah keseluruhan kepada 82,947 kes. Tiga daripadanya direkodkan di Wilayah Jilin, timur laut China manakala selebihnya masing-masing mencatatkan satu kes import di Guangdong dan Tianjin.



Pertambahan ini meningkatkan kes import yang terdapat di China kepada 1,700 kes. Daripada jumlah itu, 44 pesakit masih menerima rawatan, termasuk tiga kes kritikal, manakala seramai 1,656 sudah dibenarkan keluar hospital selepas pulih sepenuhnya.

Tiada kes kematian baharu dilaporkan untuk kes tempatan atau import. Pihak berkuasa kesihatan di China juga masih memantau 4,724 kontak rapat pesakit dengan 633 orang dibenarkan keluar pada hari sama.

Penduduk di Beijing sudah boleh keluar tanpa topeng muka tetapi pada masa masih perlu penjarakan sosial. Jika di Malaysia kita diberi saranan yang sama, sebaiknya pakai sahaja topeng muka ketika keluar rumah, lebih selamat dan terhindar daripada COVID-19.

Sumber: The Star

Tags: BeijingCOVID-19Topeng Muka
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

COVID-19: Tak wajib pakai topeng muka di Beijing, penduduknya disaran keluar beriadah

COVID-19: Tak wajib pakai topeng muka di Beijing, penduduknya disaran keluar beriadah

19 May 2020
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

Honor Magic V6 rasmi, telefon lipat pertama kalis air IP69 dengan bateri besar 6,660mAh

2 March 2026
iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

iQoo 15R 15R tiba di Malaysia dengan Snapdragon 8 Gen 5, bateri 7,600mAh, dari RM2,499

2 March 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN