Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKP dijangka tamat dalam

HARI

PKP dijangka ditamatkan pada 9 Jun, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Kenapa pengguna timbulkan isu privasi bila Facebook ambil alih Giphy?

Pada 15 Mei 2020 yang lalu, Facebook telah mengumumkan pengambilalihan Giphy pada nilaian USD400 juta (RM1.74 billion). Entiti ini katanya akan diletakkan di bawah Instagram yang memang sudah mengintegrasikan Giphy pada platform mereka sejak beberapa ketika.

Giphy ialah perkhidmatan enjin carian GIF

Kalau dan namanya Facebook, tentu isu privasi akan ditimbulkan pengguna kerana model operasi Facebook memang berlegar disekeliling perlombongan dan manipulasi data.

Tapi sebelum cerita isu privasi, untuk sesiapa yang tidak mengenali Giphy, ia adalah sebuah enjin carian yang dikhaskan untuk mencari imej GIF. Kalau anda tengok dalam laman web yang ada gambar bergerak, tapi bukan video, itulah GIF.

Facebook sentiasa dahagakan data

Memiliki jumlah pengguna yang luas, Giphy miliki sumber data yang luas tentang apa yang dicari penggunanya. Daripada situ, maklumat seperti trend semasa boleh didapati dan semestinya menarik minat Facebook. Di situlah isu privasi timbul.

Seperti kebanyakkan enjin carian, Giphy ada menyediakan application programming interface (API) yang boleh digunakan oleh pihak ketiga untuk menggunakan servis GIPHY dalam aplikasi mereka.

Apple cuma kikis kehadiran Facebook untuk kumpulkan data penggunanya

Signal ialah salah satu contoh aplikasi permesejan yang ada integrasi Giphy terus ke dalam perkhidmatan mereka. Apabila anda lakukan carian GIF di Slack, frasa carian anda akan dihantar ke pihak Giphy supaya mereka boleh cadangkan GIF apa yang sesuai dengan frasa tersebut.

Tapi, disebabkan Signal menggunakan fungsi penyulitang hujung-ke-hujung, pihak Giphy malah Signal sendiri tidak tahu daripada siapakah frasa itu berpunca. Yang mereka ada ialah frasa carian sahaja.

Ringkasnya, keupayaan sesuatu carian itu dijejak adalah bergantung kepada pihak yang mengintegrasikan Giphy ke dalam perkhidmatan mereka.

Pada saya, GIF adalah medium komunikais yang tak efisien. Bukan saja saiz fail yang besar, ia juga memakan data yang banyak untuk ditonton.

BACA  Yoodo Yoo-turn, kembali bagi 1GB percuma setiap hari

Sumber: TheVerge, Signal