• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung Galaxy A21s, telefon mampu milik dengan kuadkamera dan bateri 5,000 mAh

  • OLEH Ghazali Alias
  • 2:32 pm
  • 19/05/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung menambah ahli baharu dalam siri Galaxy A selepas mendedahkan model baharu, Galaxy A21s yang akan dilancarkan di United Kingdom (UK) pada 19 Jun 2020.

Menurut kenyataan Samsung UK,  model ini merupakan telefon mampu milik keluaran Samsung, yang mengetengahkan kapasiti bateri yang besar, kuadkamera belakang dan paparan Infinity-O.



Di atas papan utama, Galaxy A21s diperkasa oleh pemproses Octa-Core (Quad 2.0GHz + Quad 2.0GHz). Menemani SoC itu ialah RAM sebesar 3GB dan storan seluas 32GB. Ia boleh diperluas sehingga 512GB dengan tambahan kad microSD.

Beralih ke paparan, telefon ini dilengkapi skrin 6.5-inch HD+ dengan resolusi 1,600 x 720 piksel. Ia mempunyai lubang kamera di bahagian kiri atas yang menempatkan kamera swafoto dengan sensor 13MP yang juga merupakan ejen pengesanan biometrik muka. Tidak ketinggalan pengesan cap jari di bahagian belakang telefon.



Di bahagian pengimejan, Galaxy A21s mempunyai kuadkamera belakang  dengan sensor kamera utama 48MP. Selanjutnya adalah kamera ultra-lebar dengan sensor 8MP dan sensor 2MP untuk makro serta bokeh.

Kuasanya pula dijana oleh bateri berkapasiti 5,000 mAh dan ia menyokong sistem pengecasan pantas 15W. Ia sama seperti beberapa telefon kelas pertengahan lain yag sudah menawarkan kapasiti sama untuk telefon kelas pertengahan.

Telefon ini didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu hitam, putih dan biru. Samsung hanya memaklumkan pelancaran di Britain dan tidak pasti bila telefon ini akan memasuki pasaran tempatan. Tanda harganya pula seperti dimaklumkan adalah GBP 179 (RM 950).

Dengan spesifikasi ditawarkan, untuk harga yang mungkin bawah RM1,000 di Malaysia, telefon ini tidak jauh berbeza dengan jenama lain pada tanda harga yang sama. Namun, dengan storan hanya 32GB ia agak kecil. Belum diketahui lagi adakah pakej sama akan memasuki pasaran tempatan. Kita tunggu dan lihat sahaja nanti.

Sumber: Samsung

Tags: Galaxy A21ssamsungsamsung galaxy
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026

Samsung Galaxy A21s, telefon mampu milik dengan kuadkamera dan bateri 5,000 mAh

19 May 2020
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

Grab PayLater kini boleh digunakan untuk bayar QR DuitNow, ini cara gunakannya

14 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN