Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

PKPB: Bayi dan kanak-kanak antara 38 individu di tahan kerana berhimpun dan bergambar di kolam

Tiga bayi dan enam kanak-kanak, merupakan antara 38 individu yang ditahan pihak polis dalam Ops Covid-19 dan Cegah Jenayah Hari Raya Aidilfitri 2020, di kawasan kolam tadahan banjir di Taman Semabok Perdana, Melaka pada 26 Mei 2020. Operasi dijalankan kira-kira pukul 12 tengah hari.

Mereka ditahan kerana berhimpun untuk mengambil gambar pemandangan bunga teratai di kawasan berkenaan dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang di gariskan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Selain tiga bayi dan enam kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, individu lain yang ditahan merupakan dua orang remaja bawah umur serta  27 orang dewasa berusia 19 hingga 55 tahun ke atas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, tindakan berkenaan diambil selepas pihaknya mendapat aduan berhubung perkara berkenaan.

20 individu yang ditahan berusia 19 hingga 55 tahun telah dikenakan tindakan kompaun RM1,000 setiap seorang di bawah Peraturan 7(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No 6) 2020 dan hukuman di bawah Peraturan 15(1) peraturan yang sama. Selebihnya telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, di akaun Twitter milik @bukanwanted, telah berkongsi video, operasi Ops Covid-19 dan Cegah Jenayah Hari Raya Aidilfitri 2020 di kawasan tadahan banjir tersebut.

Dalam pada itu, di Kampung Padang Benggali, Penaga, Kepala Batas, Pulau Pinang, enam individu dikompaun RM1,000 setiap seorang, dalam Ops COVID-19 yang dilakukan pasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) bermula 3 petang hari sama.

BACA  Honor 20 Pro hanya RM696 di jualan kilat ulangtahun ke-6 Honor

Kesemua mereka dikenakan tindakan atas kesalahan merentas negeri tanpa kebenaran dan mengadakan aktiviti ziarah pada hari ketiga sambutan Aidilfitri.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, selain enam individu tersebut, pihaknya juga telah mengambil tindakan kompaun terhadap 101 orang, atas pelbagai kesalahan melanggar peraturan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sejak hari raya pertama.

Kelonggaran diberikan menerusi PKPB bukan tiket untuk kita ambil kesempatan dan langgar peraturan ditetapkan. Kita masih bertarung melawan COVID-19. Oleh yang demikian, patuhi SOP yang disarankan atau lebih baik duduk di rumah.

Sumber: Malay Mail