• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPB: 174 rumah ibadat bukan Islam dibenar beroperasi bermula 10 Jun

  • OLEH Ghazali Alias
  • 6:23 pm
  • 28/05/2020
  • Komen
PKPB: 174 rumah ibadat bukan Islam dibenar beroperasi bermula 10 Jun
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan telah meluluskan kebenaran buat 174 rumah ibadat bukan islam untuk beroperasi semula mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) Ibadat Dalam Zon Hijau bermula 10 Jun 2020.

Perkara berkenaan diputuskan di dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan pada 21 Mei 2020.



Berdasarkan kenyataan Kementerian Perpaduan Negara (KPN), pelaksanaan SOP untuk operasi rumah ibadat termasuk hanya menerima bilangan kehadiran maksimum 30 orang. Jumlah pengunjung juga tertakluk kepada saiz keluasan rumah ibadat.

Hanya rumah ibadat yang permohonannya diluluskan sahaja dibenarkan untuk dibuka kepada penganut mereka, mengikut hari dan masa beroperasi yang dibenarkan.



Antara rumah ibadat yang dibenarkan beroperasi merupakan kendalian bawah badan agama berikut:

  • Fo Guang Shan
  • Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur
  • National Evangelical Christian Fellowship Malaysia
  • Malaysia Hindu Sangam
  • Majlis Gurdwara Malaysia
  • Persekutuan Pertubuhan Tao Malaysia

Untuk memohon kelulusan operasi semula rumah ibadat pengurusan, proses permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salurkan permohonan kepada badan agama masing-masing
  2. Badan agama akan menyalurkan permohonan tersebut kepada KPN (mengikut prosedur yang ditetapkan selepas 10 Jun 2020)
  3. Pihak kementerian akan meneliti permohonan dan mempertimbangkan kelulusan dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri dari semasa ke semasa

Sementara itu, berhubung hal ehwal perkahwinan di kuil, gereja dan persatuan agama, KPN menjelaskan bahawa urusan berkenaan ditangguhkan hingga 31 Julai 2020. Perkara berkenaan turut dinyatakan dalam surat Ketua Pengarah Pendaftaran Negara bertarikh 12 Mei 2020.

Terdahulu, kerajaan telah membenarkan masjid, surau Jumaat dan surau terpilih di dalam zon hijau di Wilayah Persekutuan, untuk melaksanakan solat berjemaah di zon hijau bermula 15 Mei 2020.

Kebenaran diberikan dengan syarat jumlah jemaah tidak melebihi 30 orang. Ia juga tertakluk kepada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sahaja manakala, di negeri lain diumumkan oleh Pihak berkuasa Agama Negeri masing-masing.

Sumber: The Star

Tags: COVID-19Kementerian perpaduan negaraPKPBrumah ibadat
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

PKPB: 174 rumah ibadat bukan Islam dibenar beroperasi bermula 10 Jun

PKPB: 174 rumah ibadat bukan Islam dibenar beroperasi bermula 10 Jun

28 May 2020
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN