• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Poco F2 Pro dijual di Malaysia bermula Jun pada harga lebih tinggi dari jangkaan

  • OLEH Najib
  • 10:56 am
  • 28/05/2020
  • Komen
Poco F2 Pro dijual di Malaysia bermula Jun pada harga lebih tinggi dari jangkaan
Share on FacebookShare on Twitter

Poco Malaysia hari ini mendedahkan dua persoalan utama yang dinantikan peminatnya iaitu tarikh jualan dan harganya di Malaysia, selepas memberi petunjuk berkenaannya semalam. Ternyata, jangkaan kami meleset kerana Poco F2 Pro tidak akan dijual di bawah RM2,000 di Malaysia.

Poco F2 Pro akan dijual di Malaysia bermula 10 Jun 2020, tetapi tidak pula dinyatakan di mana ia boleh dibeli. Terdapat dua konfigurasi yang akan dijual di Malaysia iaitu:



  • Poco F2 Pro (RAM 6GB + storan 128GB) – RM2,199
  • Poco F2 Pro (RAM 8GB + storan 256GB) – RM2,599

Tambah menarik adalah pembelian Poco F2 Pro dengan storan 256GB akan diberikan hadiah percuma berupa kipas penyejuk BlackShark Funcooler bernilai RM139. Tetapi selagi stok masih ada. Nampaknya jangkaan kami bahawa Poco F2 Pro dijual di bawah RM2,000 menurut kadar tukaran yang sama dengan Mi Note 10 adalah salah.

Walaupun dengan harga begini, Poco F2 Pro masih memberikan nilai yang tinggi melihatkan pada spesifikasinya. Ini kerana ia adalah peranti dengan kuasa Snapdragon 865 serta menyokong rangkaian 5G paling murah boleh dibeli di Malaysia.



Jadi adakah anda masih boleh mengatakan #BaikBeliPoco dan membelinya?

Buat yang belum mengenali Poco F2 Pro, ia adalah klon kepada Redmi K30 Pro yang telah dilancarkan di China. Telefon ini dikuasakan cip Snapdragon 865 5G, bersama RAM LPDDR5 dan storan UFS3.1 terpantas.

Skrinnya berukuran 6.67-inci AMOLED FHD+, tanpa takuk dan lubang kerana menggunakan modul pop-up untuk kamera hadapan. Sayangnya ia tidak memiliki refresh rate tinggi, hanya pada 60Hz sahaja. Pengimbas capjari terdapat di dalam skrin hadapan ini.

Bateri di dalamnya berkapasiti 4,700mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W melalui USB-C. Tetapi ia tidak menyokong sebarang pengecasan wayarles serta tidak kalis air dan debu.

Di bahagian kamera, ia dilengkapi empat kamera belakang dengan AI. Kamera utamanya menggunakan sensor Sony IMX686 64MP dengan saiz sensor besar berukuran 1/1.7-inci. Kamera kedua pula ialah kamera ultra lebar 13MP, diikuti kamera pengesan kedalaman 2MP dan kamera telemakro 5MP dengan autofokus. Kamera hadapannya pula 20MP di dalam modul pop-up yang boleh disembunyikan.

Selain dari ini, Poco F2 Pro turut memiliki jek audio 3.5mm, pemancar infra merah dan juga NFC. Di samping sokongan rangkaian 5G, ia turut dilengkapi WiFi 6 dan Super Bluetooth, tetapi Poco F2 Pro tiada slot kad mikroSD dan tiada speaker stereo.

Sumber: Poco Malaysia

Tags: PocoPoco F2 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Poco F2 Pro dijual di Malaysia bermula Jun pada harga lebih tinggi dari jangkaan

Poco F2 Pro dijual di Malaysia bermula Jun pada harga lebih tinggi dari jangkaan

28 May 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER