• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Adakah harga rasmi Poco F2 Pro di Malaysia akan diketahui esok?

  • OLEH Najib
  • 7:23 pm
  • 27/05/2020
  • Komen
Adakah harga rasmi Poco F2 Pro di Malaysia akan diketahui esok?
Share on FacebookShare on Twitter

Jenama Poco yang sangat terkenal sebagai peranti flagship sangat mampu dimiliki, telah melancarkan generasi kedua peranti flagship mereka, Poco F2 Pro pada awal bulan ini di Eropah. Ia menampilkan prestasi tertinggi dengan menggunakan cip terbaru Qualcomm, Snapdragon 865 5G.

Kini Poco Malaysia menyatakan mereka akan membuat pengumuman berkenaan Poco F2 Pro pada hari esok, 28 Mei 2020. Tidak pula dinyatakan apakah yang akan diumumkan tetapi dua perkara penting boleh kita mahu tahu adalah tarikh jualan dan harganya.



Di Eropah, terdapat dua varian Poco F2 Pro dijual iaitu:

  • Poco F2 Pro (RAM 6GB + Storan 128GB) – EUR499 (~RM2,344)
  • Poco F2 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – EUR599 (~RM2,814)

Setelah membuat perbandingan harga Mi Note 10 di Eropah dan Malaysia, kami merumuskan bahawa Poco F2 Pro mungkin akan dijual di Malaysia pada harga sekitar ini:



  • Poco F2 Pro (RAM 6GB + Storan 128GB) – RM1,899
  • Poco F2 Pro (RAM 8GB + Storan 256GB) – RM2,299

Adakah Poco akan menuruti kadar tukaran matawang Euro ke Ringgit yang sama seperti Mi Note 10? Jika benar, Poco F2 Pro boleh menjadi peranti 5G dan peranti flagship Snapdragon 865 pertama di bawah RM2,000! Tetapi bunyinya macam mustahil kan.

Buat yang belum mengenali Poco F2 Pro, ia adalah klon kepada Redmi K30 Pro yang telah dilancarkan di China. Telefon ini dikuasakan cip Snapdragon 865 5G, bersama RAM LPDDR5 dan storan UFS3.1 terpantas.

Skrinnya berukuran 6.67-inci AMOLED FHD+, tanpa takuk dan lubang kerana menggunakan modul pop-up untuk kamera hadapan. Sayangnya ia tidak memiliki refresh rate tinggi, hanya pada 60Hz sahaja. Pengimbas capjari terdapat di dalam skrin hadapan ini.

Bateri di dalamnya berkapasiti 4,700mAh dan menyokong pengecasan pantas 30W melalui USB-C. Tetapi ia tidak menyokong sebarang pengecasan wayarles serta tidak kalis air dan debu.

Di bahagian kamera, ia dilengkapi empat kamera belakang dengan AI. Kamera utamanya menggunakan sensor Sony IMX686 64MP dengan saiz sensor besar berukuran 1/1.7-inci. Kamera kedua pula ialah kamera ultra lebar 13MP, diikuti kamera pengesan kedalaman 2MP dan kamera telemakro 5MP dengan autofokus. Kamera hadapannya pula 20MP di dalam modul pop-up yang boleh disembunyikan.

Selain dari ini, Poco F2 Pro turut memiliki jek audio 3.5mm, pemancar infra merah dan juga NFC. Di samping sokongan rangkaian 5G, ia turut dilengkapi WiFi 6 dan Super Bluetooth, tetapi Poco F2 Pro tiada slot kad mikroSD dan tiada speaker stereo.

Adakah tanda pagar #BaikBeliPoco akan kembali berkumandang di Malaysia? Kita nantikan pengumuman esok.

Sumber: Poco Malaysia

Tags: PocoPoco F2 Pro
Najib

Najib

POPULAR

Adakah harga rasmi Poco F2 Pro di Malaysia akan diketahui esok?

Adakah harga rasmi Poco F2 Pro di Malaysia akan diketahui esok?

27 May 2020
Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

Unifi TV umum harga Pas Piala Dunia FIFA 2026, RM20 sehari atau RM50 untuk satu musim

8 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024
MacBook Neo: Laptop “Rahmah” Apple dengan cip A18 Pro dan bateri hingga 16 jam

Acer Aspire Go 15 jawapan kepada MacBook Neo? Ini penjelasan Acer

9 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN