• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iPhone 11 tewaskan Redmi Note 8 sebagai telefon paling popular di dunia

  • OLEH Ghazali Alias
  • 7:45 pm
  • 29/05/2020
  • Komen
iPhone 11 telefon dwi-kamera kedua terbaik selepas Pixel 4
Share on FacebookShare on Twitter

Walaupun secara zahirnya, iPhone 11 merupakan telefon premium yang ditawarkan pada harga melebihi RM 3,000, ia berupaya untuk mendaki tangga teratas sebagai telefon pintar paling popular di dunia.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Omdia, Iphone 11 yang dilancarkan pada tahun 2019 itu berjaya memintas model lain seperti Samsung Galaxy A51, Redmi Note 8 malah iPhone XR, dengan merekodkan jumlah jualan sebanyak 19.5 juta unit sepanjang suku pertama tahun 2020 (Januari hingga Mac).



Jumlah itu jauh meninggalkan pesaing ditangga kedua, Galaxy A51 yang hanya mencatat jumlah jualan sebanyak 6.8 juta unit. iPhone juga berjaya menempatkan beberapa model telefon lain di tangga 10 teratas iaitu:

  • iPhone XR (ke-5) – 4.7 juta unit
  • iPhone 11 Pro Max (ke-6) – 4.2 juta unit
  • iPhone 11 Pro (ke-8) – 3.8 juta unit

Selain iPhone, Samsung merupakan antara jenama yang mempunyai beberapa model yang tergolong di tangga 10 teratas iaitu:



  • Galaxy A10s (ke-7) – 3.9 juta unit
  • Galaxy S20+ 5G (ke-9) – 3.5 juta unit
  • Galaxy A30s (ke-10) – 3.8 juta unit

Walaupun tidak mencantas iPhone, Galaxy S20 +5G mempunyai rekod tersendiri sebagai peranti 5G yang paling popular dalam kategorinya.

Dengan jualan sebanyak 3.5 juta unit, Samsung berjaya mencantas telefon lain dalam kategori 5G seperti Huawei Mate 30 dan Mate 30 Pro 5G yang berada ditempat kedua dan ketiga.

Berdasaran carta berkenaan, dapat dirumuskan bahawa, harga bukan faktor utama untuk membeli telefon pintar, untuk tempoh dua tahun, iPhone berjaya mengekalkan takhta teratas menerusi model iPhone 11 dan iPhone XR (2019).

Untuk maklumat lanjut berkenaan laporan carta ini, orang ramai boleh ke laman web Omdia di pautan ini.

Tags: iphoneomdia
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

iPhone 11 telefon dwi-kamera kedua terbaik selepas Pixel 4

iPhone 11 tewaskan Redmi Note 8 sebagai telefon paling popular di dunia

29 May 2020
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN