• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Cip baharu Samsung, Exynos 850 dikhaskan untuk telefon bajet

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:12 am
  • 01/06/2020
  • Komen
Cip baharu Samsung, Exynos 850 dikhaskan untuk telefon bajet
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda pergi ke laman penawaran SoC Samsung, anda akan dapati yang selain Exynos 990, ada juga Exynos 850 yang merupakan SoC kedua yang dihasilkan bawah skima penamaan baharu ini. Berdasarkan helaian spesifikasi dan telefon yang mengguna pakai produk ini, ia adalah cip yang dikhaskan untuk peranti bajet Samsung.

Sebagai permulaan, Exynos 850 ada 8 teras dan semuanya menggunakan teras Cortex-A55. Di kem Snapdragon dan MediaTek, tiada produk yang gunakan semua teras daripada jenis yang sama, sekurang-kurangnya untuk SoC 2018 dan keatas.



Yang adapun ialah Helio X10 yang menggunakan 8 teras Cortex-A53.

Walau bagaimanapun, anda boleh jangkakan prestasi dan kecekapan tenaga yang cukup makan hasil penggunaan litografi 8nm LPP. Lain-lain spesifikasi yang anda perlu tahu ialah seperti sokongan paparan FHD+, storan eMMC 5.1, modul RAM LPDDR4x, serta sambungan LTE Cat.13.



Samsung Galaxy A21

Untuk pengimejan, cip ini boleh sokong kamera belakang dan depan sehingga 21.7MP ataupun kombinasi dwikamera belakang 16MP+5MP setiap satu.

Pada sudut ketersambungan, ia menyokong dua kaedah wayarles moden iaitu Wi-Fi 5 serta Bluetooth 5.

Samsung Galaxy A21

Telefon pertama yang mendukung cip ini atas papan utamanya ialah Galaxy A21. Ia ada panel paparan HD+ Infinity-O, RAM 6GB dan storan sehingga 64GB yang dilancarkan pertengahan Mei 2020 lalu.

Tiada maklumat tentang harga penjualan Galaxy A21 setakat ini. Tapi di Malaysia, model atasnya iaitu Galaxy A31 dijual pada harga RM1,099.

Sumber: XDA-Developer

Tags: exynosexynos 850samsung
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Cip baharu Samsung, Exynos 850 dikhaskan untuk telefon bajet

Cip baharu Samsung, Exynos 850 dikhaskan untuk telefon bajet

1 June 2020
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN