Jumlah hari semenjak PKP dilaksanakan

HARI

PKP bermula pada: 18 Mac, 2020

PKPP dijangka tamat dalam

HARI

PKPP dijangka ditamatkan pada 31 Aug, 2020

Ikuti liputan COVID‑19 kami di sini

Galaxy A31 dikesan mula dijual pada harga RM1,099

Samsung Galaxy siri A di Malaysia hari ini menerima ahli baharu. Samsung Galaxy A31 kini boleh didapati di Malaysia bermula hari ini. Model kelas pertengahan ini pertama sekali dilancarkan di Afrika Selatan pada 19 Mei 2020 lalu. Pada sudut spesifikasi, anda boleh letakkannya dalam kalangan model seperti Galaxy M31 dan A51 serta pengganti kepada A30s, model tahun sudah.

Galaxy A31 disenaraikan oleh beberapa penjual dalam talian di Lazada pada harga RM1,099. Harganya sama seperti Galaxy M31 tapi ada beberapa berbezaan antara mereka.

Salah satu keunikan siri A ialah pada kehadiran NFC untuk menjalankan fungsi Samsung Pay. Itulah kelebihan A31 berbanding M31. Walau bagaimanapun, M31 ada kelebihan daripada segi bateri 6,000mAh yang lebih besar serta kamera utama 64MP.

Bermula dengan bahagian wajah, Galaxy A31 menampilkan paparan Super AMOLED sebesar 6.4″ beresolusi FHD+. Ada takuk berbentuk titisan air di bahagian dahinya untuk tempat kamera selfie 20MP. Atas papan utama, enjin telefon ini diambil daripada kilang MediaTek iaitu jenis Helio P65 berbanding Exynos pada edisi terdahulu.

Bergandingan dengan SoC tersebut adalah RAM sebesar 6GB serta storan 128GB. Di jabatan pengimejan, konfigurasi kuadkamera belakang digunakan Samsung padanya. Anda beroleh kamera utama 48MP, 8MP (ultralebar), 5MP (makro), dan 5MP (potret). Gambar selfie diambil menggunakan kamera 20MP.

Membekalkan tenaga pada segala komponen elektronik telefon ini adalah sekeping bateri 5,000mAh. Mujurlah ada pengecas 15W dibekalkan dalam kotak. Tapi jangkakan tempoh mengecas melebihi sejam pada telefon ini.

BACA  Telefon Samsung Tak Didatangkan Dengan Pengecas Seawal 2021?