• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dapatkan durian serendah 66 sen sempena Shopee 6.6 Super Sale

  • OLEH Ghazali Alias
  • 7:45 pm
  • 02/06/2020
  • Komen
Dapatkan durian serendah 66 sen sempena Shopee 6.6 Super Sale
Share on FacebookShare on Twitter

Shopee akan membariskan kira-kira 500 pengusaha dan penjual buah durian dalam dalam jualan 6.6 Super Sale yang berlangsung sehingga 6 Jun 2020. Ia merupakan ruang alternatif untuk membantu penjual raja buah menerusi platform e-dagang.

Menerusi jualan kilat ini, pelanggan boleh mendapatkan durian kesukaan mereka pada harga bermula RM0.66, dengan diskaun tambahan 10% di kedai untuk penjual terpilih sepanjang kempen berlangsung.



Menurut Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho, kata kunci carian, durian menjadi popular terutama ketika musim buah itu bermula. Malah susulan pandemik COVIS-19, ramai pengusaha dan penjual  buah menggunakan platform Shopee untuk menjual hasil pertanian mereka.

Selain menampilkan jualan durian dalam jualan 6.6 Super Sale, pihak Shopee juga akan memastikan bahawa platform stor dalam talian itu mengenakan kos perkhidmatan yang efektif . Peniaga juga dinasihatkan supaya dapat memenuhi pesanan pelanggan.



Pihak Shopee turut menugaskan pasukan khusus untuk membantu mereka yang memerlukan pertolongan, terutama bagi penjual yang pertama kali menjual secara atas talian.

Selain menawarkan seleksi buah-buahan, Shopee juga menawarkan penjimatan untuk pelbagai jenis produk yang turut dijual bermula RM0.66. Pelanggan juga boleh menikmati pelbagai promosi sempena jualan 6.6 Super Sale seperti:

  • Penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM1
  • Baucar RM6 setiap hari

Ekoran pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sektor pertanian telah terkesan dengan kekurangan bantuan tenaga kerja dan sekatan bagi aktiviti menikmati makanan dan jualan di gerai tepi jalan.

Menurut Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), dijangkakan bahawa musim durian tahun ini akan mengalami hasil yang lebih rendah iaitu di bawah 300,000 tan metrik.

Walau bagaimanapun, FAMA menyatakan pihaknya optimis dan meramalkan bahawa permintaan buah-buahan terutama durian, akan kekal mendapat permintaan kukuh di dalam dan luar negara, terutama dari pasaran Singapura dan China.

Pengusaha dan penjual buah-buahan juga digalakkan untuk meneroka platform e-dagang bagi meningkatkan penjualan mereka dalam tempoh yang mencabar ini.

Untuk membeli buah durian secara dalam talian orang ramai boleh ke Shopee di pautan ini.

Tags: 6.6 Super SaleDurianShopee
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Dapatkan durian serendah 66 sen sempena Shopee 6.6 Super Sale

Dapatkan durian serendah 66 sen sempena Shopee 6.6 Super Sale

2 June 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN