• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

iPad Pro 2018 diturunkan harga kurang RM 1,000 daripada harga asal

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:30 pm
  • 02/06/2020
  • Komen
iPad Pro 2018 diturunkan harga kurang RM 1,000 daripada harga asal
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi mereka yang sebelum ini akan garu kepala untuk membeli iPad Pro 2018 dengan storan 512GB, Machines kini membawakan promosi menarik dengan menurunkan harga peranti generasi pertama dari Apple itu pada harga RM 3,999.

Diletakkan pada tanda harga RM 4,999 sebelum ini, penurunan harga sebanyak RM 1,000 itu ditawarkan hanya untuk varian, iPad Pro 2018 11″ Wi-Fi, storan 512GB dengan pilihan warna Space Grey and Silver.



Menyingkap kembali spesifikasi peranti ini, ia adalah iPad Pro pertama dari Apple yang menggantikan Lightning Connector dengan port USB-C. Ia memudahkan sambungan kabel untuk perpindahan data dengan monitor atau kamera. iPad Pro 2018 juga menyokong pengecasan pantas 18W.

Tablet ini menggunakan CPU Bionic A12X yang dipadukan bersama RAM sehingga 6GB. Di bahagian audio ia didatangkan dengan empat pembesar suara tetapi tidak dilengkapi jek audio 3.5mm.



Skrinnya didatangkan dengan keluasan 11”, beresolusi 2388×1668 piksel. Bingkainya direka lebih nipis untuk paparan lebih luas. Ia juga miliki kadar segar semula (refresh rate) ProMotion 120Hz bersama teknologi True Tone.

Dengan menyisihkan Touch ID pada bahagian dagu tablet, iPad Pro 2018 telah menggantikannya dengan Face ID yang boleh melakukan pengecaman wajah sama ada dalam keadaan menegak atau melintang.

Di bahagian pengimejan, tablet ini memiliki satu kamera belakang dengan sensor 12MP. Di hadapan juga, terdapat satu kamera dengan sensor 7MP yang boleh digunakan untuk melakukan sidang video.

Untuk penggunaan yang lebih lengkap, iPad Pro 2018 boleh digunakan dengan Apple Pencil 2018 yang boleh dicas secara wayarles melalui port magnetik pada bahagian sisi tablet. Ia ditawarkan pada harga RM549. Selain itu, ia juga boleh dipadankan dengan Smart Keyboard Folio untuk model 11”, yang dijual pada harga RM769.

Pada harga RM 3,999, ia masih boleh dikira sebagai peranti yang boleh memenuhi keperluan pengguna, terutama untuk tujuan bekerja. Jika dibandingkan dengan keluaran iPad Pro 2020 storan 512GB, ia dijual pada harga RM 4,849. Antara perbezaan yang ada untuk kedua peranti ini adalah jumlah kameranya. Model terbaru iPad Pro itu mempunyai tiga kamera belakang dengan sensor utama 12MP, ultra-lebar (10MP) dan kamera LiDAR.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh ke laman web Machine di pautan ini.

Sumber: SoyaCincau

Tags: appleipad proIPAD PRO 2018machines
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

iPad Pro 2018 diturunkan harga kurang RM 1,000 daripada harga asal

iPad Pro 2018 diturunkan harga kurang RM 1,000 daripada harga asal

2 June 2020
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

Vivo V80 Lite 5G bakal dilancar 3 September, bawa bateri besar 10,000mAh

22 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN