• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

LHDN lanjutkan tarikh akhir hantar cukai pendapatan ke 30 Jun

  • OLEH Ghazali Alias
  • 12:09 pm
  • 04/06/2020
  • Komen
Selebriti media sosial perlu bayar cukai untuk ulasan berbayar dan iklan
Share on FacebookShare on Twitter

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melanjutkan tarikh akhir untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP), bagi individu yang tidak menjalankan perniagaan untuk tahun taksiran 2019 kepada 30 Jun 2020.

Berdasarkan kenyataan dari LHDN, anjakan tarikh itu dilakukan susulan kesukaran dihadapi pembayar cukai untuk melaksanakan tanggungjawab berkenaan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) sepanjang pandemik COVID-19.



Penghantaran BNCP boleh dilakukan secara dalam talian dan manual. Walau bagaimanapun, pembayar cukai digalakkan untuk menggunakan kaedah secara dalam talian bagi membendung penularan wabak COVID-19. Pembayar cukai juga disaran supaya tidak menghantar BNCP pada saat-saat akhir.

Senarai borang cukai pendapatan individu

Senarai borang berkaitan bagi individu yang tidak menjalankan perniagaan adalah seperti berikut:



  • Borang BE – Pendapatan Penggajian dan Pendapatan Lain (Tidak Menjalankan Perniagaan) Bagi Individu Pemastautin
  • Borang M – Pendapatan Perniagaan, Penggajian dan Pendapatan Lain Bagi Individu Tidak Pemastautin
  • Borang BT – Pendapatan Perniagaan, Penggajian dan Pendapatan Lain (Pekerja Berpengetahuan / Pekerja Berkepakaran) Bagi Individu Pemastautin
  • Borang MT – Pendapatan Perniagaan, Penggajian dan Pendapatan Lain (Pekerja Berpengetahuan) Bagi Individu Tidak Pemastautin

Cara memfailkan BNCP

Berikut merupakan kaedah untuk memfailkan BNCP:

Manual

  1. Muat Turun borang berkaitan di laman web LHDN
  2. Lengkapkan dan failkan borang
  3. Hantar di pejabat LHDN berdekatan

Dalam talian

  1. Layari laman web ezHASiL
  2. Daftar masuk (Nombor kad pengenalan dan kata laluan)
  3. Klik e-filing
  4. Lengkapkan borang berkaitan
  5. Klik Hantar selepas semua keperluan lengkap

Kemaskini maklumat

Sebelum memfailkan BNCP, pembayar cukai perlu memastikan maklumat berikut telah dikemaskini sekiranya terdapat perubahan:

  • Alamat surat-menyurat/alamat kediaman
  • Alamat perniagaan (jika berkenaan)
  • Alamat e-mel peribadi
  • Nombor telefon untuk dihubungi
  • Nombor paspot (bagi individu bukan warganegara Malaysia)
  • Nama dan nombor akaun bank (jika berkenaan)
  • Taraf perkahwinan
  • Maklumat ejen cukai (jika berkenaan)

Senarai rujukan

Untuk rujukan, program pemfailan BNCP bagi tahun 2020, orang ramai boleh ke pautan berikut:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris

Sebarang pertanyaan dan maklum balas juga boleh diajukan kepada LHDNM melalui:

  1. Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-89111100 (Luar Negara)
  2. HASiL Live Chat
  3. Borang Maklum Balas LHDN
  4. Media Sosial Rasmi LHDNM iaitu Facebook dan Twitter

Orang ramai boleh merujuk soalan lazim berkaitan BNCP di pautan ini.

Sumber: Berita Harian

Tags: BNCPLHDN
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Selebriti media sosial perlu bayar cukai untuk ulasan berbayar dan iklan

LHDN lanjutkan tarikh akhir hantar cukai pendapatan ke 30 Jun

4 June 2020
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

Samsung jadikan AI lebih mampu milik dengan Galaxy S25 FE

7 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER