• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Fungsi WhatsApp Ini Dedahkan Puluhan Ribu Nombor Telefon Kepada Enjin Carian Google

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:33 pm
  • 09/06/2020
  • Komen
Guru didakwa di mahkamah kerana sebar berita palsu di Whatsapp
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai platform permesejan antara yang terbesar di dunia, WhatsApp adalah satu alat yang ampuh untuk berkomunikasi. Salah satu ciri terkenal yang digunakan ialah Click to Chat. Fungsi ini membolehkan pengguna A mula bermesej dengan pengguna B dengan hanya menekan link khas. Manfaat ciri ini ialah pengguna A tak perlu masukkan nombor telefon pengguna B, simpan, dan barulah mula bersembang.

Cara untuk jana link khas tersebut mudah saja. Anda Cuma perlu masukkan nombor telefon yang berdaftar dengan WhatsApp dalam url berikut:



https://wa.me/1[nombor telefon]

Contoh: https://wa.me/10123456789



Masalahnya disini, disebabkan ia gunakan protocol http, bot Google yang menjalar di alam maya melakukan indeks terhadap kandungan siratan Internet dan memasukkan pautan jenis ini kedalam pengindeksan. Hasilnya, pautan-pautan ini akan muncul dalam hasil carian seseorang di Google tanpa anda sedari.

New: Google is letting anyone find invite links to some private WhatsApp groups. Here is one we joined that is supposed to be for United Nations NGOs judging by its description. Can see members and get numbers https://t.co/TzWjqQmm2P pic.twitter.com/jda25POc0h

— Joseph Cox (@josephfcox) February 21, 2020

Lebih parah, ciri ini dikatakan Facebook, bukanlah masalah kerana sesiapa yang menggunakannya memang akan utuskan pautan ini seantero Internet, biasanya sebagai gerbang perhubungan antara pelanggan dengan penjual. Jika Facebook ingin matikan fungsi ini, mereka boleh saja masukkan sejenis fail txt yang mengandungi metadata menghalang Google lakukan indeks terhadap URL https://wa.me/.

Mungkin Google menyedari isu ini dan lakukan perubahan pada cara bot pengideksan mereka beroperasi. Saya gagal mereplikasi contoh yang diberikan penemu kepada isu ini. Contohnya, di enjin carian Google, anda boleh lihat senarai pautan wa.me dengan frasa carian “site:wa.me “+91”” untuk pengguna India. Gantikan saja nombor dengan kod negara.

Contoh hasil carian

Menurutnya lagi, bilangan pautan sebegini yang dipaparkan Google berjumlah lebih 29,000. Biarpun anda katakan ini bukanlah sesuatu yang signifikan, pihak yang ingin ambil kesempatan seperti penipuan ala phishing sangat memerlukan nombor telefon sah ini untuk cari mangsanya.

Sumber: Medium

Tags: keselamatanwhatsapp
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Guru didakwa di mahkamah kerana sebar berita palsu di Whatsapp

Fungsi WhatsApp Ini Dedahkan Puluhan Ribu Nombor Telefon Kepada Enjin Carian Google

9 June 2020
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER