• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kerja penyusunan semula frekuensi MyFreeview di Johor dan Terengganu bermula 9 Jun

  • OLEH Ghazali Alias
  • 5:19 pm
  • 09/06/2020
  • Komen
Nikmati Siaran HD MYTV Percuma Di Ruang Tamu Anda Dengan Tutorial Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula 9 hingga 16 Jun 2020, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan melaksanakan kerja penyusunan semula frekuensi MyFreeview yang melibatkan empat pemancar di seluruh Malaysia.

Berdasarkan kenyataan daripada SKMM, kerja-kerja penyusunan frekuensi akan dilakukan secara berperingkat bermula pukul 1 hingga 6 pagi, di lokasi berikut:



  • Pemancar Pelangi, Johor – 9 Jun 2020
  • Pemancar Skudai, Johor – 10 Jun 2020
  • Pemancar Gunung Pulai, Johor – 11 Jun 2020
  • Pemancar Bukit Bauk, Terengganu – 16 Jun 2020

Pengguna dekoder atau IDTV dinasihatkan supaya menetapkan peranti itu dalam keadaan ‘standby mode’, sepanjang tempoh penyusunan frekuensi dilaksanakan.

Sekiranya siaran televisyen mengalami gangguan, pengguna disarankan untuk melakukan langkah-langkah berikut:



  1. Pilih butang menu pada alat kawalan jauh
  2. Pilih carian saluran secara automatik dan tekan butang OK
  3. Jika carian saluran secara manual, masukkan frekuensi saluran mengikut kawasan dan tekan butang OK
  4. Tunggu carian siaran selesai
  5. Siaran akan ke udara secara automatik

Untuk mendapat mendapatkan maklumat lanjut dan senarai siaran, orang ramai boleh melayari laman web MyFreeview atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-18-1088 .

Sumber: SKMM

Tags: MYFREEVIEWmytv
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Nikmati Siaran HD MYTV Percuma Di Ruang Tamu Anda Dengan Tutorial Ini

Kerja penyusunan semula frekuensi MyFreeview di Johor dan Terengganu bermula 9 Jun

9 June 2020
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN