• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPP: Dakwaan Langkawi terima 1,000 tempahan mendadak adalah palsu

  • OLEH Ghazali Alias
  • 2:09 pm
  • 09/06/2020
  • Komen
Huawei dan Maxis bergabung  tenaga pamer kehebatan 5G di Langkawi
Share on FacebookShare on Twitter

Laporan peningkatan mendadak tempahan hotel  di Langkawi yang dikatakan mencecah 1,000 dalam tempoh sejam selepas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) adalah tidak benar.

Perkara tersebut disuarakan oleh Presiden Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Halim Merican yang menyangkal kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir berhubung perkara berkenaan.



Pengerusi MAH Kedah dan Perlis, Eugene Dass bersama ahli persatuan di Langkawi turut menyatakan bahawa kejadian 1,000 tempahan mendadak itu tidak berlaku sama sekali.

Jelas Halim lagi berita berkenaan menimbulkan kegelisahan dan perhatian pengusaha hotel. Mereka turut keliru dan hairan bagaimana berita tersebut boleh tersebar. Laporan sahih berkenaan kadar tempahan juga sekurang-kurangnya mengambil masa 30 hingga 90 hari.



Walau bagaimanapun, pihaknya amat berbesar hati dengan kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan selepas industri pelancongan berdepan saat getir sepanjang tempoh pandemik COVID-19.

Zainudin pada 7 Jun 2020, menyatakan bahawa peningkatan tempahan hotel di Langkawi terus meningkat selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi kelonggaran untuk merentas negeri dan sektor pelancongan untuk beroperasi semula sepanjang tempoh PKPP bermula 10 Jun hingga 31 Ogos 2020. Dakwanya, 1,000 tempahan itu diperoleh bermula pukul 4 hingga 4.45 petang hari sama.

Difahamkan juga, MAH tidak pasti daripada mana LTA mendapat sumber berkenaan malah, buat masa ini tempahan diterima masih lagi perlahan.

Orang ramai juga disarankan supaya merancang percutian mereka dengan teliti terlebih dahulu dan tidak tergesa-gesa melakukan tempahan hotel terutama dalam tempoh PKPP.

Sumber: New Straits Times, TV3

Tags: Persatuan Hotel MalaysiaPKPP
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Huawei dan Maxis bergabung  tenaga pamer kehebatan 5G di Langkawi

PKPP: Dakwaan Langkawi terima 1,000 tempahan mendadak adalah palsu

9 June 2020
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

Tiket F1 Bahrain GP 2026 di Malaysia rasmi mula dijual, harga dari RM200 untuk rakyat Malaysia

13 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN