• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Remaja Amerika Syarikat hafal 1,000 perkataan Bahasa Melayu dalam masa hanya 2 minggu

  • OLEH Ghazali Alias
  • 1:05 pm
  • 09/06/2020
  • Komen
Remaja Amerika Syarikat hafal 1,000 perkataan Bahasa Melayu dalam masa hanya 2 minggu
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam kegilaan remaja meneroka aplikasi hiburan seperti TikTok dan permainan video, seorang remaja dari Amerika Syarikat (AS), Trent Josiah Huizar (TJ), mengambil pendekatan berbeza dengan mempelajari Bahasa Melayu dalam masa hanya 2 minggu.

Berasal dari Phoenix, Arizona, remaja berusia 16 tahun itu berkongsi proses belajar bahasa kebangsaan Malaysia itu menerusi saluran Youtube, The Planet Language. TJ memanfaatkan tempoh perintah sekatan pergerakan di AS dengan membuat video cabaran belajar bahasa yang dipilih secara rawak selama dua minggu



Dalam video berkenaan TJ mencabut kertas undi dan mendapat Bahasa Melayu. Dia kemudian merakam proses belajar bahasa itu yang dilakukan seperti berikut:

  • Minggu 1: Mempelajari bahasa menerusi pembacaan dan cuba menghafal sebanyak mungkin perkataan Bahasa Melayu
  • Minggu 2: Belajar dan cuba berkomunikasi  dengan menggunakan aplikasi pembelajaran dalam talian, italki.

Dia turut berkenalan dengan rakan dari Malaysia menerusi laman sosial Youtube dan berkomunikasi dengan mereka dalam Bahasa Melayu.



Menurutnya, dia sangat gembira kerana Bahasa Melayu tidak terlalu sukar malah, dalam tempoh 2 minggu TJ berjaya mengenal kira-kira 1,000 perkataan dan boleh bertutur dengan agak fasih bersama rakan pembimbing di italki.

TJ juga menjelaskan bahawa, dia bukan sekadar meminati selok belok bahasa tetapi juga budaya dan adat resam sesebuah negara. Dia mula meminati budaya dan Bahasa Melayu selepas menonton filem popular Crazy Rich Asians.

Bercadang untuk datang dan bercuti di Malaysia pada masa akan datang, TJ berkongsi bahawa mempelajari bahasa memudahkannya mengenal sesebuah negara dengan lebih mendalam terutama semasa dia bercuti. Dia telah melawat 25 buah negara setakat ini.

Selain mempunyai minat yang mendalam tentang bahasa di dunia, dia juga boleh bertutur dalam 14 bahasa, antaranya:

  • Bahasa Inggeris
  • Sepanyol
  • Perancis
  • Portugis
  • Rusia
  • Czech
  • Slovak
  • Poland
  • Jerman
  • Mandarin
  • Parsi
  • Bulgaria
  • Haiti Creole

Pada usia 16 tahun TJ bukan sahaja boleh bercakap dalam pelbagai bahasa tetapi sudah melawat 25 buah negara. Setiap orang ada minat masing-masing tetapi apa yang dilakukan TJ boleh dicontohi oleh anak muda zaman sekarang.

Sumber: FMT

Tags: Bahasa MalaysiaitalkiYouTubeYoutuber
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Remaja Amerika Syarikat hafal 1,000 perkataan Bahasa Melayu dalam masa hanya 2 minggu

Remaja Amerika Syarikat hafal 1,000 perkataan Bahasa Melayu dalam masa hanya 2 minggu

9 June 2020
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN