• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Google Meet manfaatkan teknologi AI untuk saring hingar semasa sidang video anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 2:45 pm
  • 10/06/2020
  • Komen
Google Meet premium boleh digunakan secara percuma oleh semua akaun biasa Gmail
Share on FacebookShare on Twitter

Letusan permintaan terhadap servis sidang video telah menyebabkan semua pihak sepantas mungkin ingin mengetengahkan produk masing-masing. Premisnya mudah. Sembang maya menggunakan video.

Tapi apa bezanya dengan Google Meet, salah satu daripada puluhan penyelesian sidang video percuma yang boleh ada dapati sekarang?



Mereka ada penyaring hingar aktif yang memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI). Fungsi ini baru saja dilancarkan dan tentu sekali mengangkat Google Meet sedarjat diatas yang lain.

Mengunakan fungsi ini, pengguna tidak perlukan mikrofon ataupun perisian khas bagi membuang bunyi bising yang tidak ada kena mengena dengan sidang video. Sistem secara pintar mampu membuang bunyi kenderaan, plastic pembungkus makanan, peralatan pejabat berlaga, dan sebagainya dalam masa nyata.



Bagi merealisasikannya, pasukan pembangun perlu melatih AI untuk membezakan percakapan dengan hingar yang ingin disaring. Untuk tujuan tersebut, mereka menyuap masuk ribuan rakaman audio mesyuarat mereka sendiri untuk dianalisis AI. Daripada titik itu, AI memuntahkan algoritma yang jadi “sos rahsia” dalam mematikan hingar audio.

Ia kemudiannya ditambah baik daripada masa ke masa seiring dengan jumlah sampel yang diterima komputer. Tahukah anda yang projek ini sudahpun berjalan sejak tahun 2017 dan 3 tahun kemudian, barulah Google rasakan yang ia cukup bagus untuk dibebaskan dalam kalangan pengguna sebenar.

Disebabkan suara anda perlu melalui pelayan Google untuk diproses, pembangun ciri ini terlebih dahulu menerangkan perihal kerahsiaan kepada bakal pengguna Google Meet. Semasa ciri penyaring digunakan, hanya ada dua keadaan sahaja data suara tidak disulitkan, satu ketika Google Meet digunakan untuk memanggil telefon biasa ataupun semasa sidang Google Meet dirakam.

Selainnya, semua data disulitkan daripada hujung -ke-hujung.

Ciri ini diedarkan kepada pengguna fasa demi fasa. Anda cuma perlu pastikan APP Google Meet anda berada di versi paling baharu sentiasa.

Sumber: VentureBeats

Tags: Googlegoogle meet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Google Meet premium boleh digunakan secara percuma oleh semua akaun biasa Gmail

Google Meet manfaatkan teknologi AI untuk saring hingar semasa sidang video anda

10 June 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN