• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sambut kebenaran rentas negeri dengan penginapan serendah RM180/malam di rangkaian Hotel Lexis

  • OLEH Ghazali Alias
  • 4:40 pm
  • 10/06/2020
  • Komen
Sambut kebenaran rentas negeri dengan penginapan serendah RM180/malam di rangkaian Hotel Lexis
Share on FacebookShare on Twitter

Bila sudah boleh merentas negeri dan percutian domestik dibuka semula, sudah pasti ramai yang merancang untuk melepaskan rindu menghirup udara pantai. Masa ini juga Lexis Hotel Group beri ebaucar untuk bercuti dengan harga promosi penginapan bermula RM 180 hingga RM 450 satu malam.

Promosi ebaucar ini ditawarkan untuk semua cawangan hotel Lexis di Lexis Hibiscus Port Dickson, Grand Lexis Port Dickson, Lexis Port Dickson dan Lexis Suites Pulau Pinang.



Antara senarai bilik yang ditawarkan pada harga promosi:

Lexis Hibiscus Port Dickson



  1. Sky Pool Villa – RM 380
  2. Executive Pool Villa – RM 380
  3. Premium Pool Villa –RM 450

Grand Lexis Port Dickson

  1. Deluxe Pool Villa – RM 280
  2. Garden Pool Villa (Upper) – RM 350
  3. Garden Pool Villa (Lower) – RM 350

Lexis Port Dickson

  1. Premium Tower Room – RM 180
  2. Executive Water Chalet – RM 250

Lexis Suites Pulau Pinang

  1. Executive Pool Suite – RM 280
  2. Premium Pool Suite – RM 350

Berdasarkan terma dan syarat, baucar ini sah untuk penginapan satu malam sahaja, bagi hari seterusnya caj penginapan tertakluk kepada harga biasa. Dalam terma dan syarat juga tidak dinyatakan sekiranya pengunjung boleh mengabungkan baucar berkenaan untuk mendapatkan harga promosi pada hari seterusnya.

Selain itu, baucar tersebut boleh digunakan pada mana-mana tarikh sehingga 31 Januari 2021. Pengunjung akan dikenakan surcaj sebanyak RM 150 satu malam, untuk tarikh penginapan antara 15 hingga 31 Disember 2020. Bagi pengunjung yang inginkan bilik dengan pemandangan pantai, bayaran surcaj RM 100 juga akan dikenakan.

Tempahan perlu dilakukan dua hari lebih awal sebelum tarikh penginapan. Ia boleh dilakukan melalui laman web Lexis Hotel Group atau ke saluran berikut:

Lexis Hibiscus Port Dickson dan Lexis Suites Pulau Pinang

  • Emel: [email protected]
  • Telefon: 03 2083 0933

Grand Lexis dan Lexis Port Dickson

  • Emel: [email protected]
  • Telefon: 06 653 2000

Sementara itu, menurut kenyataan daripada Lexis Hotel Group, pihaknya menyambut baik kelonggaran diberikan pihak kerajaan terhadap industri pelancongan. Ia pada masa sama membuka ruang kepada mereka untuk bangkit daripada kesuraman sepanjang pandemik COVID-19.

Jelas kenyataan itu lagi, dalam pelaksanaan operasi dalam tempoh PKP, pihak Lexis Hotel Group akan memastikan semua cawangan hotelnya mematuhi prosedur operasi standard yang digariskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pelaksanaan SOP merangkumi:

  • Disinfeksi dan nyah cemar di semua kawasan hotel termasuk ruang kemudahan hotel dan bilik dengan kerap
  • Penggunaan peralatan dan bahan cucian bertaraf industri yang diluluskan oleh KMM
  • Mengesan suhu badan pengunjung sebelum memasuki premis
  • Menyediakan kod QR di semua lauan masuk kemudahan sebagai langkah merekod pengesanan kontak
  • Mengamalkan penjarakan sosial secara serius
  • Menyediakan pensanitasi tangan untuk kegunaan pengunjung dan kakitangan

Untuk maklumat, terma dan syarat, orang ramai boleh ke laman web Lexis Hotel Group di pautan ini.

Tags: ebaucarGrand Lexis Port DicksonLexis Hibiscus Port DicksonLexis hotel groupLexis Port DicksonLexis Suites Pulau Pinang
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Sambut kebenaran rentas negeri dengan penginapan serendah RM180/malam di rangkaian Hotel Lexis

Sambut kebenaran rentas negeri dengan penginapan serendah RM180/malam di rangkaian Hotel Lexis

10 June 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN