• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PKPP: Masjid di Wilayah Persekutuan dibenarkan 1/3 kapasiti untuk Solat Jumaat dan berjemaah

  • OLEH Najib
  • 9:41 am
  • 12/06/2020
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula dari 12 Jun 2020, semua masjid, surau Jumaat dan surau di dalam Zon Hijau di Wilayah Persekutuan, akan dibuka bagi Solat Jumaat dan Solat berjemaah. Perkara ini dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri dalam satu sidang media.

Bagaimanapun, ia hanya dibenarkan mengisi sebanyak 1/3 dari jumlah had kapasiti dewan solat utama sahaja. Sebagai contoh, jika dewan solat utama boleh memuatkan 1,000 orang jemaah, maka hanya seramai 333 orang jemaah sahaja yang dibenarkan menunaikan Solat Jumaat dan Solat berjemaah.



Terang beliau lagi, perkara ini diguna pakai untuk Wilayah Persekutuan sahaja, kerana urusan berkaitan hal ehwal Islam berada di dalam bidang kuasa negeri. Orang ramai diminta merujuk kepada Jabatan Agama Negeri masing-masing untuk panduan Solat Jumaat dan Solat berjemaah di negeri lain.

Bagi negeri Selangor, mereka hanya membenarkan sebanyak 40 orang untuk Solat Jumaat dan Solat berjemaah, tidak termasuk ahli jawatankuasa masjid. Orang ramai perlu memohon dan mendapatkan pas kebenaran sebelum dibenarkan bersolat jemaah di masjid-masjid di Selangor.



Dr Zulkifli turut membenarkan sistem penggiliran atau apa cara yang sesuai, untuk memberi peluang kepada orang lain turut hadir ke Masjid. Kapasiti jemaah ini akan ditambah secara berperingkat atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Wanita juga kini dibenarkan untuk ke Masjid, dengan syarat datang bersama mahram. Tiada juga larangan untuk warga emas, asalkan mereka sihat. Untuk kanak-kanak pula, mereka berumur 12 tahun ke bawah masih tidak dibenarkan, serta yang bergejala dan menghidap penyakit kronik.

Masjid juga dibenarkan untuk membuka ruang tertentu di luar dewan utama, untuk memberi peluang kepada mereka yang ingin singgah solat seperti musafir, pemandu dan petugas e-hailing.

Orang ramai yang ingin menunaikan solat Jumaat dan Jemaah di Masjid, perlu mematuhi peraturan berikut:

  1. Melaksanakan penjarakan sosial di dalam dan di luar masjid;
  2. Jarak antara ahli jemaah adalah sejauh 1 meter antara satu sama lain dan jemaah wajib memakai pelitup muka;
  3. Cara masuk dan keluar masjid mesti dengan beratur serta menjaga penjarakan yang terkawal;
  4. Semua ahli jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah masing- masing sebelum hadir ke masjid;
  5. Jika wuduk terbatal, anda dibolehkan untuk mengambil wuduk di pili air yang ditetapkan sahaja. Penggunaan kolah tidak dibenarkan;
  6. Jemaah dipastikan terus bersurai dalam keadaan tenang;
  7. Tidak ada bersalaman dan bersentuhan sepanjang berada di masjid, surau Jumaat dan surau.
  8. Tiada perkumpulan dibenarkan selesai solat Jumaat samada di dalam atau di luar masjid;

Sumber: Dr Dzulkifli

Tags: Dr Zulkifli Al-BakriPerintah Kawalan PergerakanPKPPSolat Jumaat
Najib

Najib

POPULAR

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

Astro BizOne Rewards kembali, premis F&B berpeluang nikmati sokongan pemasaran terjamin sehingga RM163,000 setiap satu

8 April 2026

PKPP: Masjid di Wilayah Persekutuan dibenarkan 1/3 kapasiti untuk Solat Jumaat dan berjemaah

12 June 2020
Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

Nissan Serena e-POWER Serba Baharu: Rasa macam EV, tapi tak perlu cas — dan lebih selesa untuk keluarga

22 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

Siri Honor 600 Malaysia: Prestasi flagship Snapdragon 8 Elite, kamera 200MP, dari RM2,599

22 April 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN