• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Redmi 9 ada skrin HD Penuh pada harga di bawah RM500

  • OLEH Najib
  • 1:25 pm
  • 15/06/2020
  • Komen
Redmi 9 ada skrin HD Penuh pada harga di bawah RM500
Share on FacebookShare on Twitter

Xiaomi Malaysia akan melancarkan satu lagi model terbaru telefon pintar mampu milik mereka. Redmi 9 yang menggantikan Redmi 8, akan mula dijual di Malaysia pada 18 Jun 2020.

Redmi 9 akan boleh dibeli pada harga RM499 untuk RAM 3GB dan storan 32GB, serta RM599 dengan RAM 4GB dan storan 64GB. Redmi 9 yang lebih murah akan mula dijual pada 18 Jun, manakala varian yang lebih mahal, mula dijual pada 25 Jun.



Orang ramai boleh mendapatkan Redmi 9 dengan diskaun RM50 pada hari pertama jualan Redmi 9. Jualan kilat untuk Redmi 9 (3GB+32GB) akan diadakan di Shopee, pada 18 Jun 2020. Ia boleh dibeli pada harga RM449 sahaja, lebih murah RM50 dari harga asal.

Dengan tibanya Redmi 9 di Malaysia, ia boleh dinobatkan sebagai telefon pintar terbaik di bawah RM500. Antara kelebihannya yang tiada pada telefon dengan harga ini ialah skrin HD Penuh. Skrin ini berukuran 6.53-inci dan bertakuk kecil di atas, masih dari jenis LCD.



Redmi 9 dikuasakan oleh cip Mediatek Helio G80, yang memiliki 2-teras Cortex-A75 berkuasa tinggi dan 6-teras Cortex A55 yang cekap tenaga. RAM di dalamnya dari jenis LPDDR4x dan menggunakan storan eMMC 5.1. Ia sedia menerima kad mikroSD bersama dua kad nano sim serentak.

Bateri besar memang sinonim dengan siri Redmi. Ia mengekalkan bateri 5,020mAh di dalam dan menyokong pengecasan pantas 18W melalui USB-C. Bagaimanapaun, pengecas 10W diberikan di dalam kotak. Bermakna, pengecas pantas 18W perlu dibeli berasingan.

Untuk kamera, ini kali pertama siri Redmi ini dibekalkan empat kamera belakang. Ia menggabungkan kamera utama 13MP F2.2, kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera makro 5MP F2.4 dan kamera pengesan kedalaman 2MP F2.4. Kamera hadapan pula 8MP F2.0, terletak di dalam takuk di atas skrin.

Pengimbas capjari fizikal terdapat di belakang, di bawah kamera. Beberapa fungsi lain yang masih ada di Redmi 9 adalah seperti pemancar infra merah (IR) serta jek audio 3.5mm. Dari laman Xiaomi Sepanyol, terdapat sokongan NFC pada Redmi 9, tetapi tiada sokongan WiFi 5GHz.

Redmi 9 datang dalam 3 pilihan warna, iaitu hitam, ungu dan hijau untuk kedua-dua varian. Jangan lupa ke Shopee pada 18 Jun untuk membeli Redmi 9 (3GB+32GB) dengan diskaun RM50. Ia disenaraikan sebagai Jualan Kilat, jadi stok mungkin terhad.

Sumber: Xiaomi Malaysia

Tags: Redmi 9Shopeexiaomi
Najib

Najib

POPULAR

Redmi 9 ada skrin HD Penuh pada harga di bawah RM500

Redmi 9 ada skrin HD Penuh pada harga di bawah RM500

15 June 2020
Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

Xiaomi TV Stick 4K Gen-2 dilancar, tukar TV biasa jadi Google TV pada RM219

20 February 2026
Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

Guna kalkulator ini untuk kira amaun KWSP Akaun 3 yang boleh dikeluarkan

8 May 2024
Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

Infinix Note 60 Pro dilancar dengan Snapdragon 7s Gen 4 & paparan Active Matrix

27 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

Huawei Band 11 & 11 Pro: Skrin lebih cerah & ada GPS terbina, harga bermula RM149

24 February 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN