• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Saifuddin Abdullah umum Rais Hussin sebagai pengerusi baru MDEC

  • OLEH Najib
  • 10:34 am
  • 15/06/2020
  • Komen
Saifuddin Abdullah umum Rais Hussin sebagai pengerusi baru MDEC
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah telah mengeluarkan kenyataan berkenaan pelantikan pengerusi baru Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC). Beliau adalah Datuk Dr. Rais Hussin Mohamed Ariff, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu.

Rais Hussin menggantikan Datuk Mathialakan Chelliah sebagai Pengerusi MDEC, berkuatkuasa hari ini 15 Jun 2020, untuk tempoh 2 tahun.



PELANTIKAN PENGERUSI BAHARU BAGI PERBADANAN EKONOMI DIGITAL MALAYSIA (MDEC)#KKMM #KomunikasiKita pic.twitter.com/MxCMPgcuDM

— Kementerian Komunikasi (@komunikasi_gov) June 12, 2020

Menurut Saifuddin, Rais Hussin adalah seorang usahawan dan berpengalaman luas dalam bidang perniagaa, teknologi maklumat dan komunikasi. Beliau berkelulusan Ijazah Kedoktoran dalam Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Islam Antarabangsa.

Rais juga telah mengarang bersama buku berjudul: 4IR: AI, Blockchain, Fintech – Reinventing a Nation. Selain itu, beliaut turut menerajui badan pemikir EMIR Research Sdn Bhd, sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif.



Congratulations YBhg. Datuk Wira Dr. @raishussin and welcome aboard! #LetsBuildTogether Malaysia’s Digital Economy for the future. pic.twitter.com/VBodNtiYkC

— Malaysia Digital Economy Corporation (@mymdec) June 13, 2020

MDEC adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan (Diperbadankan), yang bertanggungjawab menguruskan ekonomi digital. Pelbagai inisiatif telah dijalankan MDEC untuk mendigitalkan ekonomi di Malaysia, seperti eRezeki dan eUsahawan.

Sumber: Malay Mail

Tags: MDECRais HUssinsai
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Saifuddin Abdullah umum Rais Hussin sebagai pengerusi baru MDEC

Saifuddin Abdullah umum Rais Hussin sebagai pengerusi baru MDEC

15 June 2020
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN