• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

WhatsApp perkenal sistem pembayaran terus semasa berborak

  • OLEH Najib
  • 2:21 pm
  • 16/06/2020
  • Komen
WhatsApp perkenal sistem pembayaran terus semasa berborak
Share on FacebookShare on Twitter

Platform permesejan popular di Malaysia, WhatsApp kini telah memiliki dompet digital mereka sendiri. Tetapi ia baru sahaja dilancarkan di Brazil, bukan di Malaysia. Ia membolehkan pengguna WhatsApp membuat bayaran terus kepada orang lain dari dalam bilik borak.

Brazil merupakan negara kedua terbesar pengguna WhatsApp, selepas India. Ketibaan WhatsApp Pay ini akan memperkasa lebih 10 juta perniagaan kecil dan sederhana di Brazil, dengan menyediakan kemudahan pembayaran yang pantas.



WhatsApp Pay merupakan penambahan kepada fungsi Store Catalog yang telah diperkenalkan sebelum ini, di mana penjual boleh menyenaraikan produk mereka menerusi WhatsApp. Dengan ini, pengguna WhatsApp boleh melihat produk dari peniaga di WhatsApp dan terus membuat bayaran.

Sistem pembayaran digital WhatsApp Pay menggunapakai platform Facebook Pay, yang telah sedia ada Brazil. Di masa akan datang, Facebook merancang untuk membenarkan pembayaran merentas platform, serta ke semua aplikasi di bawah rangkaian Facebook.



Penggunaan nombor pin 6-angka atau imbasan capjari diperlukan sebagai langkah keselamatan untuk menghalang transaksi yang tidak dibenarkan. Untuk permulaan ini, WhatsApp Pay akan menyokong kad debit dan kredit dari 3 bank di Brazil iaitu Banco do Brasil, Nubank dan Sicredi, di rangkaian Visa dan Mastercard. Sistem ini dibina berasaskan model terbuka untuk memudahkan penambahan rakan niaga di masa hadapan.

Pengguna dan pembeli tidak perlu risau berkenaan bayaran tambahan kerana mereka tidak akan dikenakan sebarang caj. Bagaimanapun, penjual yang menerima bayaran akan dikenakan caj pemprosesan sama seperti transaksi kad kredit.

WhatsApp belum menyatakan sama ada WhatsApp Pay akan diluaskan lagi ke negara lain. Disebabkan undang-undang negara yang berbeza, pasti ia mengambil masa lebih panjang untuk WhatsApp Pay diperkenalkan di Malaysia.

Sumber: WhatsApp

Tags: FacebookwhatsappWhatsApp Pay
Najib

Najib

POPULAR

WhatsApp perkenal sistem pembayaran terus semasa berborak

WhatsApp perkenal sistem pembayaran terus semasa berborak

16 June 2020
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN