• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pemberhentian 360 pekerja, ini langkah Grab mendepani kesan COVID-19

  • OLEH Ghazali Alias
  • 12:26 pm
  • 17/06/2020
  • Komen
Tinggal 2 hari sebelum lesen PSV dikuatkuasakan tapi hanya 10% pemandu Grab yang lulus
Share on FacebookShare on Twitter

Grab memaklumkan akan melepaskan kira-kira 360 tenaga kerjanya (Grabbers). Jumlah itu merangkumi 5% daripada jumlah kakitangan syarikat yang berpangkalan di Singapura itu.

Berdasarkan kenyataan dari Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Grab, Anthony Tan, tindakan itu dilaksanakan bagi melancarkan operasi syarikat untuk jangka masa panjang. Hal ini berikutan, syarikat juga terkesan ekoran kesan COVID-19, terutama terhadap sektor perniagaan. Beliau turut memaklumkan telah berdepan dengan krisis perniagaan sejak Februari 2020.



Sepanjang mendepani krisis tersebut, Grab telah melaksanakan pelbagai inisiatif antaranya:

  • Mengkaji semula kos-kos perniagaan
  • Mengurangkan perbelanjaan
  • Pemotongan gaji pengurusan tertinggi
  • Menghentikan beberapa projek bukan teras
  • Penggabungan fungsi pasukan atau jabatan
  • Membentuk pasukan yang sesuai dengan keadaan semasa

Selain itu, pihak Grab turut memberi fokus untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan penghantaran.  Ia termasuk melaksanakan penugasan semula Grabbers bagi memastikan operasi penghantaran dapat dijalankan dengan lancar.



Pampasan dan faedah

Bagi Grabbers yang diberhentikan, mereka akan menerima emel daripada pihak Grab bertajuk “Discussion with Business Manager and Pops” pada 16 Jun 2020, pukul 1 petang. Jika tidak menerimanya sehingga waktu tersebut, maka pekerjaan mereka tidak terjejas.

Sementara itu, mereka yang diberhentikan juga akan mendapat beberapa faedah dan pampasan seperti berikut:

  1. Pembayaran gaji setengah bulan berdasarkan perkhidmatan lengkap selama 6 bulan atau mengikut garis panduan undang-undang tempatan, yang mana lebih tinggi
  2. Pembayaran pemisahan sekitar 1.5 bulan gaji, ia merupakan tambahan kepada pembayan gaji setengah bulan dan bonus untuk perkhidmatan sepanjang tahun 2020
  3. Penepian annual cliffs untuk pemberian ekuiti. Grabbers dengan ekuiti yang belum dilunaskan akan memiliki ekuiti setiap bulan sehingga hari terakhir perkhidmatan
  4. Pelindungan insurans perubatan sehingga akhir tahun 2020 atau pemberian dana tunai yang setara
  5. Pampasan cuti bersalin untuk Grabbers wanita atau isteri kakitangan yang sedang hamil sehingga tarikh akhir perkhidmatan
  6. Penenebusan cuti tahunan dan kredit GrabFlex yang belum digunakan
  7. Sokongan penempatan semula pekerjaan dan pengembangan kerjaya. Bekas kakitangan akan dibantu oleh unit talent acquisition dan direktori bakat bagi menghubungkan mereka dengan bakal majikan baharu. Grab turut memberi akses kepada Grabbers untuk sesi life coach dan forum pengembangan kerjaya selama setengah tahun
  8. Sokongan emosi menerusi Program bantuan Grabbers selama 3 bulan dari tarikh akhir perkhidmatan
  9. Menyimpan laptop yang dibekalkan kepada Grabbers

Anthony tidak menyatakan secara terperinci berhubung negara yang terlibat dengan pemberhentian ini. Berdasarkan jawapan pihak Grab Malaysia menerusi pertanyaan kami di emel, ia adalah tindakan Grab untuk keseluruhan operasinya di Asia Tenggara.

Sumber: Grab

Tags: GrabGrabbers
Ghazali Alias

Ghazali Alias

POPULAR

Tinggal 2 hari sebelum lesen PSV dikuatkuasakan tapi hanya 10% pemandu Grab yang lulus

Pemberhentian 360 pekerja, ini langkah Grab mendepani kesan COVID-19

17 June 2020
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

Realme 14T 5G dilancar, telefon 5G mampu milik ada skrin AMOLED 120Hz & bateri 6,000mAh

16 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER