• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jualan jam tangan pintar peringkat global meningkat, tapi Apple catatkan sebaliknya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:28 am
  • 19/06/2020
  • Komen
Apple Watch bantu kesan penyakit jantung misteri seorang rakyat Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Analisis penjualan jam tangan pintar untuk Suku 1 2020 sudahpun diterbitkan firma penyelidikan Canalys. Dalam laporan tersebut, mereka melaporkan yang pengguna peringkat global beli lebih banyak jam tangan pintar dalam Suku 1 2020 berbanding tempoh yang sama 2019, walaupun dalam kancah COVID-19 masa ini.

Sebanyak 14.5 juta unit jam tangan pintar telah dijual, peningkatan 12% berbanding sebelumnya. Daripada jumlah itu, Apple masih mengungguli selaku penjual terbanyak dengan 5.2%. Walau bagaimanapun, ia adalah satu pengucupan sebanyak 13% berbanding 2019.



Selain Apple, Fitbit juga mencatatkan pengucupan, malah lebih besar berbanding Apple. Mereka kini edarkan kurang daripada sejuta unit jam tangan pintar walaupun Fitbit miliki penawaran produk yang lebih pelbagai berbanding jenama lain.

Produk Fitbit yang dilancarkan sepanjang 2019

Huawei mencatatkan pertumbuhan lebih sekali ganda, daripada 1 juta kepada 2.1 juta, tapi tentu ramai pengguna yang katakan ia tidaklah sesuatu yang mengagumkan. Hal ini kerana, Huawei P40 Pro yang dilancarkan baru-baru ini ada mengepilkan Huawei Watch GT2 sebagai pemberian percuma di beberapa pasaran terkemuka.



Canalys juga memaklumkan yang trend membeli jam tangan pintar akan terus meningkat dalam keadaan COVID-19, lebih-lebih lagi yang dilengkapi sensor pulse oximeter. Hal ini kerana, terdapat pengkaji yang mengaitkan kepekatan oksigen dalam darah dengan jangkitan COVID-19.

Sumber: PhoneArena

Tags: appleFitbitHuaweijam tangan pintarSmartwatch
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Apple Watch bantu kesan penyakit jantung misteri seorang rakyat Malaysia

Jualan jam tangan pintar peringkat global meningkat, tapi Apple catatkan sebaliknya

19 June 2020
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN