• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme C11 akan cipta dua rekod antarabangsa di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:39 pm
  • 22/06/2020
  • Komen
Realme C11 akan cipta dua rekod antarabangsa di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah banyak rekod dicipta pada jualan hari pertama pelbagai telefon pintar mereka di pasaran tempatan, Realme Malaysia seterusnya mahu mencipta dua rekod antarabangsa menerusi satu telefon pintar baharu. Realme C11 akan dilancarkan pertama kali di Malaysia, mendahului negara lain dan ia akan menjadi telefon pertama menggunakan cip Mediatek Helio G35.

Telefon pintar Realme C11 akan dilancarkan di Malaysia pada 30 Jun 2020, pukul 11 pagi. Pelancaran ini masih mengekalkan format norma baharu, iaitu secara siaran langsung menerusi Facebook Realme Malaysia.



Walaupun gambar belakang Realme C11 telah dikongsi, lain-lain perkara penting masih menjadi misteri tentang telefon ini. Dari kelulusan pengiktirafan oleh CQC di China, ia menyatakan Realme C11 dengan nombor model RMX2185 memiliki bateri 5,000mAh dan pengecas 5V2A. Memandangkan pengecasnya hanya 10W, ia mungkin menggunakan port mikroUSB.

Menambah misterinya adalah cip Mediatek Helio G35 yang akan digunakan di Realme C11. Cip ini masih tidak diumumkan oleh Mediatek dan tiada sebarang maklumat langsung mengenainya.



Mediatek menggunakan huruf G untuk mengkelaskan cip tersebut direka khusus untuk bermain game. Adakah cip Helio G35 ini lebih berkuasa atau kurang berbanding cip Helio G70 yang digunakan di Realme C3?

Di samping itu, satu gambar telah tersebar yang memberikan maklumat lebih jelas tentang Realme C11. Gambar ini dipercayai terbocor dari Realme Indonesia dan dikongsikan oleh @i_am_myself7 di twitter.

pic.twitter.com/tVnsxgWqP6

— I am myself (@i_am_myself7) June 20, 2020

Gambar itu menunjukkan Realme C11 dengan skrin bertakuk berukuran 6.5-inci, dengan bahagian belakang berjalur serta dua kamera belakang dalam modul empat segi. Tiada pengimbas capjari kelihatan di belakang dan butang kuasanya terkeluar, tidak seperti digabungkan dengan pengimbas capjari sisi. Di bawah pula kelihatan jek audio 3.5mm di samping port USB yang tidak jelas kelihatan bersama jeriji speaker.

Maklumat dari poster ini menunjukkan bahawa ia adalah telefon super bajet yang kelihatan lebih murah dari Realme C3. Ini kerana Realme C3 memiliki tiga kamera belakang bersama pengimbas capjari. Tambahan lagi, Helio G70 memiliki nombor lebih besar dari G35. Jadi, tidak salah mengatakan Realme C3 lebih berkuasa dari Realme C11.

Jika maklumat di atas ini tepat, maka Realme C11 akan dipasarkan pada harga di bawah Realme C3 yang dijual pada harga RM499 dengan RAM 3GB dan storan 32GB. Kalau ia dipasarkan sebagai telefon pintar gaming, adakah ia memiliki kuasa yang cukup untuk bermain PUBG dan COD Mobile?

Sumber: Realme

Tags: Mediatek Helio G35RealmeRealme C11
Najib

Najib

POPULAR

Realme C11 akan cipta dua rekod antarabangsa di Malaysia

Realme C11 akan cipta dua rekod antarabangsa di Malaysia

22 June 2020
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER