• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Realme mahu lancar telefon pintar lebih murah dengan cip gaming Helio G35?

  • OLEH Najib
  • 3:21 pm
  • 20/06/2020
  • Komen
Realme mahu lancar telefon pintar lebih murah dengan cip gaming Helio G35?
Share on FacebookShare on Twitter

Realme awal minggu ini baru sahaja melancarkan produk IoT baru mereka, antaranya Realme Watch dan Realme Band. Kini mereka mahu meneruskan lagi pelancaran produk baru menerusi satu status baru di Facebook.

Facebook Realme Malaysia menyatakan ada sebuah telefon pintar baru yang dikuasakan cip Mediatek Helio G35 pertama di dunia, akan datang ke Malaysia. Melihatkan pada nombor model cip ini, ia dijangka adalah telefon pintar dalam kelas permulaan yang sangat mampu milik.



Untuk perbandingan, Realme C3 yang dikuasakan cip Helio G70, baru dilancarkan di Malaysia pada bulan Mac lepas. Ia dijual pada harga RM499, dengan RAM 3GB dan storan 32GB.

Beberapa hari lepas, terdapat laporan menyatakan bahawa ada telefon baru Realme yang telah lulus pengiktirafan untuk digunakan di Indonesia, Thailand dan Malaysia. Dengan nombor model RMX2185, spekulasi kuat mengatakan ia adalah Realme C11.



Sementara itu di China, model yang sama telah dimuat naik maklumatnya di laman pensijilan China Quality Certification Centre (CQC). Di situ, ia menyenaraikan peranti Realme dengan nombor model RMX2185, memiliki bateri 5,000mAh dan pengecas 5V2A (10W).

Adakah Realme mahu melancarkan sebuah telefon pintar yang mensasarkan untuk peminat gaming, dengan harga yang lebih rendah dari Realme C3? Yakin tak boleh main game ni? Kita tunggu pengumuran rasmi dari Realme tidak lama lagi.

Najib

Najib

POPULAR

Realme mahu lancar telefon pintar lebih murah dengan cip gaming Helio G35?

Realme mahu lancar telefon pintar lebih murah dengan cip gaming Helio G35?

20 June 2020
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

22 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN